Siapa sangka, dari keadaan dapur rumah yang kelihatan biasa-biasa sahaja dan kurang berseri mampu ditukarkan kepada konsep kitchen island yang cukup mewah dan cantik.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Azizah Asmuni. Beliau telah mengubahsuai dapur kosong miliknya kepada konsep yang cukup menarik.
Jadi, jom kita ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulillah siap sudah blue kitchen saya.
Material fully aluminum. Sebab teringin nak ada island kitchen, tetapi takut sempit jika buat yang permanent, boss setuju beli yang movable.
Boleh tak letak, boleh memanjang, boleh 4 segi.
Ruang dapur ini sebelum ditukarkan kepada konsep kitchen island.
Pada ketika ini barangan dapur baru sampai.
Pintu almari kabinet.
Kabinet mula dipasang.
Pintu kabinet mula dipasang.
Beliau menggunakan handle warna gold agar nampak lebih premium.
Kabinet setelah dipasang tombol dan handle.
Inilah keadaan dapur setelah selesai diubahsuai menjadi kitchen island.
Bahagian sinki yang sangat cantik dan kelihatan mewah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.