Sebuah rumah memang takkan lengkap jika tiada sebuah ruang tamu yang cantik dan kemas terutamanya nak menyambut sesebuah perayaan. Jika nakkan rumah nampak kemas kena bermula daripada bahagian ruang tamu rumah dahulu.
Boleh lihat hasil perkongsian daripada Annieyda Abady ini yang menunjukkan proses makeover bahagian ruang tamu dirumah mak beliau. Dari ruang tamu yang sebelum kepada sebuah ruang tamu ditambah lagi dengan sofa raya baharu.
Nak tengok rupa ruang tamu ini boleh baca artikel selebihnya ini. Mana tau terinspirasi dengan dekorasi yang dikongsikan oleh beliau ini. Sudah tentu ramai yang nak tau kan bagaimana hasil akhir ruang tamu tersebut.
Alhamdulillah. Akhirnya sofa raya untuk emak dah sampai. Sepatutnya 20hb sebelum raya tu date sofa ni sampai tapi disebabkn pkp lewat la siap. Ruang tamu baru lagi untuk emak tahun ni. Tahun lepas dapat buat yang simple2 je. Tahun ni ada rezeki lebih saya, kakak dan adik. Kami share utk repair rumah mak.
Rupa Ruang Tamu Rumah Mak Sebelum Dan Selepas
Sebelum sedikit ubahsuai dilakukan, tutup dahulu sofa lama ni untuk dialih pada tempat lain.
Proses ubahsuai sedang giat dijalankan.
Antara proses yang sedang giat dijalankan adalah menambahkan siling baharu, membuat dinding wainscoting dan juga mengecat warna ruang tamu yang baharu.
Setelah hampir memakan masa berbulan, alhamdulillah siap juga akhirnya.
Apabila dah siap ni, rasa macam nak tukar sofa baharu lak. Jadi, kesudahannya belilah sofa baru ini.
Tadaaaaa!!!!! Hasil ruang tamu yang dah siap version 2.0. Ruang tamu dengan sofa baharu yang dibeli.
Kredit : Annieyda Abady