Ada rumah peninggalan yang lama dan terbiar begitu sahaja? Kalau ada, seeloknya lakukan ubahsuai atau makeover terhadap rumah tersebut. Jika dibiarkan sebegitu dan mereput sehingga rosak sememangnya merugikan anda semua.
Daripada dibiarkan lama rosak macam tu elok lakukan makeover sedikit macam dilakukan oleh Norlailey Ismail ini. Beliau menyatakan untuk membuat deko dan makeover tersebut mengambil masa dalam 2 minggu sahaja dan juga RM5K untuk lakukan semua.
Sedikit perkongsian. Rumah peninggalan arwah uwan yang keluarga akak sewa Kan bertahun2 Jadi rosak dan tak berjaga. Kami mengambil keputusan untuk memberi notis kepada penyewa dan akak Deco dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah, dengan berbekalkan modal 5k.
Akak ganti kipas syiling 2 biji, beli cat satu rumah, mengganti pintu bilik 2 keping, tikar getah , langsir, wall paper, karpet. Maka jadi lah seperti yang anda lihat ini. Alhamdulillah, yang lain adalah barang sedia ada dari rumah akak.
Dari Rumah Yang Lama Terbiar Kini Menjadi Baharu Semula
Inilah rupa luaran rumah peninggalan uwan ini yang telah pun rosak akibat dibiarkan dan tidak dijaga dengan rapi.
Dalaman juga banyak benda dah terhakis dan cat juga sudah mula pudar.
Proses baik pulih rumah peninggalan arwah ini sedang giat dijalankan untuk jadikan rumah ini kembali cantik.
Tema warna untuk kali ini adalah warna biru. Baru nampak lain sikit berbanding warna kuning iaitu cat asal rumah ini.
Bahagian ruang rumah ini jenis memanjang sikit.
Hasil Akhir Baik Pulih Rumah Peninggalan Arwah Ini
Alhamdulillah, inilah dia hasil makeover yang dilakukan untuk rumah peninggalan arwah ini. Gambar dibawah merupakan pada bahagian hadapan rumah iaitu pintu masuk. Letak lampu warna warni pun dah nampak ceria.
Masuk sahaja ke bahagian dalamn rumah pula. Inilah dia dalaman rumah yang baharu ini.
Dilengkapi dengan bahagian ruang tv dan juga ruang makan sambil menikmati deko bertemakan warna biru ini.
Ruang tv dimana tempat untuk menonton cerita kegemaran bersama keluarga.
Langsir ni sememangnya pilih design macam ni sebab ramai yang cakap guna design sebegini baru nampak menyerlah.
Sumber : Norlailey Ismail