Rumah Subsale Terbiar Dibaikpulih Menjadi Rumah Idaman

9,387 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Banyak jer rumah subsale terbiar yang ada di Malaysia ini namun kadang-kadang keadaan rumah tersebut mendorong orang untuk tidak membelinya. Berbeza dengan seorang lelaki ini, beliau membeli sebuah rumah subsale dan memberikan tugas kepada Seri Dinding untuk baikpulih rumah tersebut.

Melalui perkongsian daripada Seri Dinding ini menunjukkan beberapa keping gambar sebelum dan selepas rumah subsale terbiar ini. Perkongsian ini dikongsikan didalam grup Tukang Apa Hari Ini di laman sosial Facebook. Jadi, jom kita tengok bagaimana Seri Dinding ini lakukan baikpulih rumah subsale ini.

Baik Pulih Rumah Subsale Terbiar Kepada Rumah Idaman Yang Elegan

Masa first time masuk kedalam untuk tengok rumah subsale ni , Ya ampun ngerinya tengok.

Tapi tak apa, gang gang baboh dapat settlekan sekejap saja ni rumah subsale yang terbiar ini.

Keadaan Rumah Subsale Yang Terbiar

Silakan tengok keadaan rumah subsale masa mula-mula saya beli rumah ni. Dah macam dilanda ombak dah ni. Pecah sana pecah sini, sudah masa untuk dibaikpulih begini.

Rumah Subsale Terbiar

Pintu tak ada, hanya serpihan-sepihan konkrit sahaja.

Rumah Subsale Terbiar

Proses Transformasi Rumah Subsale Yang Rosak

Banyak proses baikpulih untuk dilakukan rumah ini. Antaranya ialah membuat balik dinding yang dah pecah dan membuang ruang yang bersemak samun.

Ini lah dia proses dalaman rumah yang sedang dijalankan. Gambar dibawah ini merupakan gambar ruangan tamu.

Rumah Subsale Terbiar

Bahagian bilik tidur saya.

Ini pula merupakan bahagian dapur. Table top wajib ada ikut trend terkini.

Rumah Subsale Terbiar

Hasil Selepas Baikpulih Rumah Subsale Ini

Haaaa, sudah tiba masanya untuk anda tengok baikpulih dan transformasi rumah subsale yang telah selesai dilakukan ini.

Luaran rumah subsal asal vs luaran setelah baikpulih.

Bahagian ruang tamu tadi.

Rumah Subsale Terbiar

Bahagian ruang makan untuk makan bersama awak. Cewahhh!

Rumah Subsale Terbiar
Rumah Subsale Terbiar

Bahagian bilik tidur.

Rumah Subsale Terbiar

Ruangan dapur dan juga tempat laundry saya letakkan didalam satu bahagian yang khas.

Rumah Subsale Terbiar

Nak basuh dan kering baju semua ada disini.

Rumah Subsale Terbiar

Sumber : Seri Dinding

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down