Anda ingin memasang kabinet dapur tetapi tidak tahu apa yang perlu anda tahu sebelum memasangnya? Tersilap pilihan, anda mungkin terpaksa renovate dapur semula di masa hadapan.
Sebelum memasang kabinet dapur, anda haruslah mengetahui jenis material kabinet dapur yang sesuai dengan ruang dapur dan bajet anda. Anda juga perlu tahu cara untuk ukur kabinet dapur supaya ia tepat dan tidak berlaku pembaziran.
Jom lihat perkongsian kali ini berkaitan dengan cara ukur kabinet dan jenis material kabinet dapur yang sesuai dengan ruang dapur anda sekali gus dapat membandingkan kualiti dan harga.
Melamin merupakan material yang paling popular untuk membina kabinet dapur di Malaysia. Ia boleh bertahan selama 3-5 tahun dan mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak. Terdapat dua jenis melamin iaitu kalis air dan tidak kalis air. Saiz melamin yang terdapat di pasaran adalah 6’ x 8’ x 16 mm dan sangat berat.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
Tahan lasak Mudah dibersihkan Kalis air, anti calar dan anti anai-anai Kemasan yang konsisten Lebih murah | Berat untuk memasangnya Kerja pemasangan yang susah dan harus teliti |
Plynyatoh sandwich mempunyai 3 lapisan. Lapisan pertama adalah papan lapis meranti biasa yang bersaiz 3.6mm, lapisan kedua adalah kayu meranti yang bersaiz 1/2” x 1 6/8” dan lapisan terakhir adalah papan lapis yang berwarna putih bersaiz 3mm. Ia mempunyai pelbagai corak dan warna pilihan. Ia boleh bertahan selama 5-10 tahun.
Kelebihan | Kelemahan |
Sangat ringan Mudah kering Senang dibersihkan Tahan lebih lama berbanding melamin | Harga yang mahal Memerlukan pemasangan kerja yang lama Kos yang tinggi untuk pemasangan |
Blackboard terdiri daripada susunan jalur kayu blok jenis (Resak) dan memerlukan HPL laminated atau Formica (Brand Laminated) yang berketebalan 1mm untuk bahagian kemasan permukaan luar jadi pelbagai pilihan warna yang boleh dipilih.
Antaranya ialah Solid Colour (Matte & High Gloss), Fabric Texture, Natural, Woodgrain, Graphic Colour dan lain-lain lagi. Ia dilekatkan pada atas papan Blockboard. Setebal 18mm Blockboard digunakan untuk bahagian pintu kabinet supaya ia tahan dan kukuh.
Kelebihan | Kelemahan |
Pintu ringan dan tidak mudah rosak Mempunyai serapan hentakan yang baik dan kukuh Kalis lembapan dan tahan kepada air Permukaan HPL Laminated Formica tahan calar Mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak Kos penyelenggaraan yang rendah | Teksturnya tidak konsisten apabila ia disusun melintang pada setiap pintu Memerlukan skil yang tinggi untuk memotong kepingan Formica Jika pintu terlalu tinggi, ia mudah meleding dan bengkok |
Chipboard diperbuat daripada serpihan kayu yang terikat oleh resin sintetik dan dimampatkan untuk membentuk papan. Kemasan edging ditutup rapat dengan pvc abs untuk mengelakkan air dan serangga perosak daripada masuk. Ia terdiri daripada 2 reka bentuk iaitu Formica dan Melamine corak kayu. Ia juga adalah sejenis kayu berkualiti tinggi dengan campuran gam hijau pada kayu.
Kelebihan | Kelemahan |
Harga yang berbaloi Anti anai-anai dan kalis air Susah untuk calar Tahan hentakan Anti kulat Terdapat pelbagai warna dan corak | Tahap kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kayu cip menjadi kembang Sesuai untuk jangka masa yang pendek sahaja Sangat berat |
Kos keseluruhan kabinet perlulah mengambil kira jenis-jenis komponen kabinet yang terlibat seperti wall unit, base unit, fridge unit, tall unit, table top kabinet dan juga aksesori tambahan.
Harga untuk kabinet bahagian bawah:
RM180 – RM240/kaki
Harga untuk kabinet bahagian atas:
RM40 – RM55/kps
Harga untuk kabinet peti sejuk:
RM60 – RM75 /kps (lebih mahal berbanding kabinet bahagian atas kerana kedalaman kabinet peti sejuk lebih besar)
Harga untuk kabinet oven/microwave:
RM380 – RM450 (harga untuk kabinet penuh sampai ke siling plaster)
Harga untuk table top quartz stone:
RM150 – RM250 (rate harga mengikut kualiti Quartz Stone)
Harga tambahan kabinet dapur:
Kesemua jenis material kabinet dapur mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Jadi, ia terpulang kepada anda untuk memilih yang mana terbaik untuk dapur anda. Namun, lebih baik memilih jenis material yang sedikit mahal tetapi berbaloi dan tahan lama. kerana dapur merupakan ruang kerja yang paling banyak digunakan.
Semoga perkongsian kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pemilihan kabinet dapur dan cara untuk ukur kabinet. Semoga bermanfaat!