Tahukah anda bahawa anda boleh menyemak warna cat dinding dirumah sebelum anda membeli cat yang betul? Jika anda tidak tahu maka anda datang ke tempat yang betul. Artikel ni khas untuk mereka yang masih lagi mencari warna tema khas untuk rumah mereka.
Sebenarnya, Dulux telah pun mengeluarkan aplikasi Dulux Visualizer ni. Ia bertujuan untuk memudahkan anda menyemak terlebih dahulu warna apa yang anda gemari dan preview warna cat tersebut. Dengan adanya aplikasi sebegini, masalah tersalah beli warna cat dapat diatasi.
Pengguna juga dapat menyemak pelbagai warna yang disediakan oleh dulux. Dari warna yang cerah sehingga warna dengan ton yang gelap. Swipe jer sampai anda juga warna idaman anda.
1 hari 50 kali boleh cat rumah sampai jumpa warna idaman !
HeeeSenang sahaja ikut step ini. Nippon tak best appsnya. Guna Dulux Visualizer MY. Downloand di Appstore or Google Play.
Cara Untuk Menyemak Warna Dinding Ini Sebelum Membeli Cat Sebenar
1 - First sekali adalah kena Install apps Dulux Visualizer dulu.
2 - Kena allow setting untuk guna kamera. Untuk mula tekan simbol kamera.
3 - Ambil gambar direct atau tekan simbol dalam bulatan dan akses gambar dalam album. Pilih gambar dinding.
4 - Pilih More Colour dan mulalah bereksperimen. Lepas pilih colour,tap pada ruang dinding. Mudahhh kan . Copy code colour dan pergi ke kedai Dulux / kedai jenama lain yang seakan sama warnanya.
Kalau nak tau bagaiman rupa warna biru "Brandon Bay", pilih jer kat bawah ni. Nanti akan keluar preview.
Foggy Promenade juga cantik kalau nakkan warna yang cerah dan simple.
Mudah sahaja kan? Sememangnya berbaloi untuk anda yang pertama kali nak memilih tema warna untuk rumah buat pertama kali. Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua.
Kredit : Ben Safwan