Selama ni min nampak ada yang share betapa bagusnya kualiti sebuah laminated floor untuk dijadikan sebagai lantai rumah anda. Bukan sahaja ianya berkualiti namun harga yang mampu milik menjadi peranan utama sebab kenapa ramai yang memilihnya.
Namun, adakah tahu bahawa apa akan terjadi kepada floor laminated tersebut jika ianya tidak dijaga dengan betul ataupun boleh dikatakan sebagai sisi gelap laminated floor ini? Mohamad Najib Ahmad Syukri berkongsikan pengalaman beliau menggunakan laminate floor ini hampir 8 tahun dan terdapat banyak penghuni-penghuni bawahnya.
Penghuni tersebut adalah Anai-Anai yang telah lama membuat sarang pada laminated floor tersebut. Beliau menyatakan bahawa inilah salah satu sisi gelap laminated floor jika tidak dijaga dengan betul.
Sisi Gelap Laminated Floor 8mm Setelah 8 Tahun
Bagi mereka yang memikirkan untuk memasang papan lantai jenis ini yang punyai jaminan 6-10 tahun maka inilah permandangannya selepas mencapai 8 tahun.
Sisi Gelap Laminated Floor Yang Menjadi Tempat Kegemaran Anai-Anai
Jika jaminannya tidak makan anai-anai maka selepas 10 tahun dia berubah menjadi projek perumahan berskala besar untuk kediaman anai-anai. Selain daripada itu ia juga menjadi projek lebuh raya PLUS yang menghubungkan laluan anai-anai ke seluruh pelusuk rumah anda.
Bayangkan lagi kesepian tengah malam anda akan didendangkan dengan bunyi seperti orang sedang mengoreng apabila tidur di atas lantai. Selepas 8 tahun bukan sahaja anai-anai tetapi kulit lapisan atas juga akan semakin terhakis menjadikan sakit permandangan mata melihat setiap hari
Kalau nak pakai lantai jenis macam ni tiada masalah cuma kena menabung untuk tukar selepas 8-10 tahun akan datang. Pilihan dan duit ditangan kita, macam saya untuk rumah baru memang saya dah tak akan pakai lantai jenis ni.
Jangan lupa dengar bunyi anai-anai sedang menjamah kenduri lantai ni beramai-ramai dlm video di bawah. Sekadar h, terpulang kepada pengalaman masing-masing.
Kredit : Mohamad Najib Ahmad Syukri