Mempunyai sebuah bilik saiz kecil ini sememangnya mencabar untuk melakukan ubahsuai, makeover ini. Ia memerlukan kreativiti yang tinggi dan planning yang kemas agar ia kelihatan cantik. Jika buntu, boleh melihat inspirasi deko bilik kecil didalam mana-mana media sosial.
Khairul Muzamir menyatakan sediki buntu apabila ingin melakukan makeover bilik kecil dirumah beliau. Beliau banyak melihat inspirasi didalam grup facebook Dekorasi Mampu Milik (DMM). Dari situ banyak ilham dan juga kreativiti beliau dapat untuk makeover bilik kecilnya.
Projek small room makeover yang dikongsikan olehnya sangatlah cantik dan hasil sebelum selepas bilik tersebut menunjukkan perubahan yang ketara hasil inspirasi yang diambil oleh beliau. Jom kita melihat hasil akhir makeover yang dilakukan ini.
Small Room Makeover. Barang hiasan dari ECO dan D.I.Y. Untuk kongsian bersama ahli yang lain. Best dapat tengok banyak benda kreatif dari group ni. Frame Gold, frame daun-daun kat dinding & hiasan bunga pasu kecil semua dari Eco shop. Pandai pilih n kreatif mesti cantik.
Sebelum & Selepas Projek Small Room Makeover Ini Dilakukan
Nak tunjukkan beberapa keping gambar keadaan bilik ini sebelum makeover ini dilakukan. Bilik ni dah lama biar macam ni, jadi baru ada masa untuk lakukan sedikit makeover agar ia kelihatan cantik berseri.
Pandangan bilik ini daripada pintu masuk. Bilik ni kecil jer jadi nak lakukan makeover ni memerlukan sedikit kreativiti memandangkan saiz bilik ini tidak terlalu besar.
Tadaaaaa! Selepas berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk cantikkan bilik kecil ini akhirnya siap juga.
Barangan yang saya beli untuk makoever ini kebanyakkan daripada kedai eco dan juga diy. Frame Gold, frame daun daun kat dinding & hiasan bunga pasu kecil semua dari Eco shop.
Hasil small room makeover ini banyak juga idea diambil daripada grup facebook ini. Banyak yang memberikan inspirasi untuk melakukan makeover bilik kecil ini. Walaupun tak seberapa namun ianya sangat berpuas hati dengan hasil akhir ini.
Kredit : Khairul Muzamir