Siapa yang tak sukakan dengan sebuah dekorasi rumah yang cantik, kemas, bersih dan dipandang tinggi oleh orang lain. Deko rumah sangat penting tidak kira rumah mana anda duduki. Jika bersama-sama memastikan deko rumah sentiasa terjaga sudah pastinya ianya akan nampak lebih cantik.
Seperti yang dikongsikan oleh Nurul Eyfa Erna ini, beliau menunjukkan beberapa gambar sebelum dan selepas dekorasi rumah PPR mereka. Hasil dekorasi yang dilakukan oleh suaminya nampak membuahkan hasil dan berjaya mendapatkan apa yang beliau idamkan.
Jom kita tengok bagaimana cara hasil sebelum dan selepas yang dilakukan oleh suami tersayang. Komfirm anda semua akan terkejut melihatnya.
Alhamdulillah, Gigih husband siap kan rumah isteri nak raya hehehe rumah ppr je
Ruang Rumah PPR Yang Sedang Dilakukan Oleh Encik Suami
Si suami sedang gigih melakukan wainscoting dan juga memasang pintu ala-ala koboi antara bahagian dapur dan ruang makan.
Bahagian ruang tamu juga dalam proses nak tambahkan wainscoting. Slow-slow selepas siap bahagian dapur.
Haaaaaa, slow-slow dah tu buat. Dekorasi rumah PPR di Kota Bharu ini akan mendapat perubahan yang sepenuhnya. Hehehe.
Dulu bahagian ruang tv ni asalnya 2 warna iaitu warna kelabu dan putih.
Dekorasi Rumah PPR Si Isteri Setelah Siap Semuanya
Alhamdulillah, nilah dia hasil setiap ruang rumah ini yang siap dilakukan dekorasi oleh si suami. Bahagian ruang ke dapur siap dipasang pintu.
Wainscoting antara ruang makan dan ruang tamu yang siap dilakukan. Nak sangat ada wainscoting sebab menaikkan seri ruang tamu dirumah ini.
Ruang santai untuk menonton tv bersama keluarga tersayang. Warna untuk bahagian warna hijau ini dipanggil Forrest Green dari cat jenama Dulux.
Kredit : Nurul Eyfa Erna