Dapat menghasilkan sendiri almari pakaian dengan konsep dan rekabentuk sama seperti yang dijual di kedai cukup memberikan kepuasan kepada kita. Hal ini kerana, ia lebih menjimatkan, kalau ikutkan harga pasaran semasa, sudah pasti memcecah ribuan ringgit.
Disebabkan itu, lelaki ini yang bernama Ikmal Hafizuddin secara sorang diri telah berjaya meenghasilkan almari pakaian yang sangat kreatif dan cantik. Beliau juga turut berkongsi teknik ringkas penghasilan wardrobe d ibawah ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti.
Almari bawah loteng. Sebulan lebih punya kerja sebab hadap time cuti sahaja.
Okay la defect sikit-sikit. Finishing pun banyak out. Boleh la nak guna untuk diri sendiri. Kerugian lebih kurang RM600-700.
Kayu yang digunakan bagi menghasilkan almari pakaian.
Kemudian, ianya disusun dan diskru membentuk kerangka.
Kerangka yang dipasang tadi diletakkan pada penjuru dinding.
Kemudian, proses pemasangan plywood dilakukan.
Kayu jenis tebal dipotong untuk dijadikan pintu.
Kemudian, ia dipasang pada kerangka almari tersebut.
Selain itu, kayu tersebut yang dipotong tadi juga dicantumkan menjadi laci.
Pintu dan laci selesai dipasang.
Proses seterusnya pula adalah mengecat almari itu dengan cat Dulux Aura Matt White.
Almari mula dicat.
Almari setelah selesai dicat.
Akhirnya siap, pakaian sudah boleh diletakkan.
Itu sahaja perkongsian projek DIY pada kali ini. Semoga ianya mampu memberi inspirasi dan idea pembaca melakukan proses ubahsuai kreatif seperti ini. Semoga bermanfaat.