Tips Cat Dalaman Rumah Yang Sesuai Untuk Mereka Yang Ada Anak Kecil

1,730 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bahagian dinding rumah sudah tidak dapat dielakkan lagi dari diconteng oleh anak kecil. Perkara tersebut memang fitrah kanak-kanak, setiap ibu-bapa pasti akan merasainya.

Namun, disebabkan ianya sukar untuk dielakkan. Jadi, kita perlu mencari jalan yang lebih mudah bagi memastikan kesan contengan pada dinding rumah senang untuk dihilangkan dengan menggunakan jenama cat yang sesuai.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Tips Cat Dalaman Rumah Khas Buat Anak Yang Suka Menconteng

Menurut perkongsian dari pemilik rumah ini yang bernama @yasminaliassss di akaun Tiktoknya, cat yang sesuai untuk mereka yang ada anak kecil adalah Jenama Jotun Majestic True Beauty Sheen.

Tips Cat Dalaman Rumah

Boleh rujuk gambar di bawah ini untuk jenama cat yang digunakan.

Tips Cat Dalaman Rumah

Tengok la sendiri keadaan dinding ini, nampak berkilat kan?

Tips Cat Dalaman Rumah

Gambar di bawah ini kesan dari hasil contengan kreatif anak mereka. Cara hilangkan kesan itu hanya lapkan sahaja. Selesai masalah, itulah kelebihan penggunaan cat jenis ini.

Tips Cat Dalaman Rumah

Itu sahaja perkongsian tips pada kali ini. Diharap dapat membantu semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dinding rumah yang kelihatan berkilat seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down