5 Tips Dekorasi Bilik Tidur Bagi Nampak Lebih Luas

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang mempunyai bilik impian masing-masing. Tapi tidak semua berkemampuan untuk memilikinya. Hal ini kerana mungkin disebabkan saiz bilik yang terlalu kecil menjadi punca untuk mereka deko bilik mengikut citarasa sendiri.

razanadecor ada berkongsi di akaun Tiktoknya tentang 5 tips dekorasi bilik tidur bagi nampak lebih luas untuk mereka yang mempunyai bilik yang kecil.

Bilik anda kecil? Tidak tahu nak deko macam mana? Gunakan 5 tips ini sekarang juga.

5 Tips Dekorasi Bilik Tidur Bagi Nampak Lebih Luas Untuk Bilik Yang Kecil

Tips Dekorasi Bilik Tidur Bagi Nampak Lebih Luas

1. Utamakan keperluan seperti katil dan almari baju. Jangan risau dengan hanya dua item ini sahaja mampu untuk buat bilik tidur anda lebih style. Sebagai contoh, pilih headboard yang bersesuaian dengan design bilik anda dan cari katil yang mempunyai storage di bawah seperti dalam gambar.

2. Jadikan ruangan dinding sebagai focal point. Caranya letakkan lukisan pada belakang kepala katil anda. Atau letakkan wallpaper pada dinding vanity table anda. Selain itu juga boleh letakkan flutted panel pada tepi atau belakang headboard katil. Hal ini kerana ingin memberi illusion more space kepada bilik tidur anda.

3. Jadi kreatif pada pemilihan lampu. Mood lighting memainkan peranan utama pada bilik tidur anda. Bila ianya dilayer dengan pelbagai jenis lighting ianya membantu untuk illuminate pada setiap vignette. So, bilik yang kecil nampak lebih menarik.

4. Tambah cermin. Adanya cermin membantu ruang yang kecil nampak lebih luas dan terang. Adanya cermin boleh trick mata kita dengan ruang tersebut lebih besar daripada sangkaan kita.

5. Gunakan warna yang earth tone atau warna yang lembut pada dinding bilik tidur. Hal ini kerana untuk menampakkan bilik anda lebih luas dan bright. Selain itu untuk memberikan keselesaan kepada diri kita ketika berehat di bilik tidur.

Sekian sahaja perkongsian 5 tips dekorasi bilik tidur bagi nampak lebih luas. Semoga para pembaca dapat manfaat dalam penulisan kali ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down