Tips Kurangkan Bau Najis Kucing Dalam Rumah

1,426 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pasti ramai yang pening kepala nak selesaikan masalah bau najis kucing, lagi-lagi apabila kucing tersebut dibela dalam rumah.

Jadi, kali ini seorang lelaki bernama Lembayung Cahya Rabbani, yang merupakan pencinta kucing ingin berkongsi satu tips yang baru beliau buat dua hari lepas.

Tips ini sangat berkesan bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau poo pee yang keluar daripada litterbox.

Jom sama-sama ikuti tips yang boleh dipraktikkan di rumah ini.

Tips Kurangkan Bau Najis Kucing Dalam Rumah Dengan Cara Jimat

Kalau nak mengurangkan bau, perkara utama adalah kena rajin cuci litterbox setelah dua atau tiga kali penggunaan kucing kita. Hasilnya bau memang akan kurang, tapi sebolehnya kita nak kurangkan lagi hingga bau itu hampir tak ada langsung.

Tips Kurangkan Bau Najis Kucing

Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, beliau cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk sahaja. Boleh beli dekat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 sahaja (ikut lokasi masing-masing).

Beliau potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar itu, pastu masukkan arang bagi penuh dan tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh sahaja guna tisu atau kain biasa).

Tips Kurangkan Bau Najis Kucing

Selepas siap buat semua itu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.

Beliau sudah cuba selama dua hari. Memang berkesan, sebelum ini ada sikit-sikit bau daripada litterbox kucing beliau, tapi sekarang ini sudah kurang sangat-sangat.

Cara ini juga boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya, beliau isi arang itu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas sahaja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas itu ikut kreativiti masing-masing.

Kucing beliau ini dalam proses pemantauan lagi selepas rawatan sakit batu karang. Sudah masuk bulan kedua dia duduk dalam sangkar. Dua tiga jam sekali dia akan dikurung untuk makan minum dan guna litterbox.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down