Kutu beras atau bubuk ni memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung, terutamanya yang sudah disimpan lama. Benda ni walaupun kecil tapi boleh menggigit plastik. Nak dibuang beras masih banyak lagi.
Seorang pemilik akaun Tiktok Ghumah ada berkongsi tips menghalang bubuk di dalam tong beras. Mari kita baca perkongsian daripada beliau.
Mula-mula sekali ambil cili kering. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam tong beras. Cili kering berbau kuat dan bersifat panas. Kutu tak suka cili kering dan ia dapat membantu menghilangkan dan menghalang kutu dari masuk dalam bekas beras anda.
Seterusnya ambil beberapa ulas bawang putih. Tidak kisah berapa banyak. Letak sekali dengan cili kering tadi dalam tong beras. Kutu atau bubuk tak suka pada bau-bauan. Jadi bahan yang ada aroma kuat seperti bawang putih dapat menghalang serangga ini bersarang dalam bekas beras anda.
Akhir sekali, gaul cili kering dengan bawang putih tadi. Kalau tak gaul nanti bahagian bawah beras tak ada bau pedas dan panas cili. Namun jika baunya dah hilang, hendaklah digantikan dengan cili kering dan bawang putih yang lain.
Sampai di sini sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat untuk para pembaca.