Langsir adalah salah satu benda yang wajib ada pada setiap rumah. Ini adalah untuk memastikan rumah anda sentiasa berseri dan tidak kelihatan kosong. Lagi-lagi jika menjelang hari raya, ramai yang berpusus-pusu menempah langsir rumah khas untuk hari raya. Perkongsian kita pada kali ini adalah mengenai tips mudah dan simple kekalkan "keserian warna langsir" menjelang hari raya.
Tetapi ramai juga orang yang memandang remeh tentang hal-hal penjagaan langsir dirumah masing-masing. Segelintir pemilik rumah ada yang tidak tahu bahawasanya langsir adalah salah satu tempat terkumpulnya habuk dengan mudah.
Selain itu, fungsi langsir juga adalah menjadi penghalang kepada cahaya matahari masuk ke dalam bilik. Jika terdedah lama dengan cahaya matahari langsir akan mudah menjadi pudar sekiranya anda tidak menjaganya dengan baik. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tips penjagaan langsir ini.
1. Langsir berwarna putih
Langsir yang berwarna putih akan mudah kotor dan menjadi kekuningan. Jadi untuk menjaganya, ambil langsir yang kekuningan itu dan rendam semalaman dan basuh, bilas dan jemur seperti biasa.
2. Kesan degil pada langsir
Kesan degil pada langsir seperti kesan habuk dan kesan makanan anak agak sukar untuk dihilangkan dengan cara basuhan biasa. Untuk tanggalkannya sapukan bahagian itu dengan ubat gigi dan rendam selama semalaman.
3. Langsir fabrik tebal
Cara terbaik untuk bersihkan langsir ini daripada habuk adalah dengan cara menggunakan vacuum atau dengan cara bersihkan dengan bulu ayam.
4. Langsir fabrik lembut
Kalau boleh elakkan menggunakan mesin basuh untuk mencuci langsir jenis ini. Seeloknya selepas direndam cucinya dengan menggunakan tangan.
5. Langsir Beranda
Rendam langsir dalam air suam yang telah dicampur dengan sabun pencuci. Kemudian, cuci dengan tangan seperti biasa.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam menjaga langsir rumah anda.