Tips Pemilihan Langsir Mengikut Kesesuaian Rumah

2,549 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Langsir merupakan salah satu element yang penting dalam mendekorasi rumah terutamanya dari segi kekemasan. Rumah yang mempunyai langsir akan nampak lebih cantik dan tidak akan nampak kosong. Kali ini Giler Deco ingin berkongsi satu perkongsian yang menarik dari Shida Idris mengenai tips pemilihan langsir mengikut kesesuaian rumah.

Kita cerita pasal benda paling utama apabila masuk rumah iaitu langsir. Sudah pasti ianya sangat memainkan peranan penting kerana kebanyakan design rumah sekarang sangat banyak tingkap. Jadi, langsir pun perlu banyak juga.

design langsir simple tapi cantik

Tips Pemilihan Langsir

Perkara pertama untuk design langsir ialah anda kena pilih sama ada pleated or eyelet design. Bergantung pada anda mengikut rujukan masing-masing dan yang paling penting sudah tentu berapa banyak bajet yang kita ada. Langsir yang digunakan Kak Vidah ialah design eyelet. Untuk mengetahui macam mana rupa design eyelet lebih dekat boleh tengok gambar yang disediakan dibawah ini.

design langsir simple tapi cantikPerkara kedua ialah material langsir yang dibeli adalah sunblock. Ini supaya ianya tahan lama dan relevan sepanjang masa. Satu lagi kena lebat susunan dia, jadi maksudnya kena guna kain yang banyak.

Perkara ketiga ialah tailor. Kak Vidah serahkan 100% pada tailor kerana Kak Vidah sejenis malas. Tetapi kalau anda nak jimat boleh saja pergi cari kain sendiri dan suruh tailor jahit. Kak Vidah sangat puas hati dengan tailor Kak Vidah. Sampaikan mama Kak Vidah pun jahit langsir dengan dia dan jiran-jiran mama pun nak.

design langsir simple tapi cantik

Perkara keempat color. Pilihlah color pastel, earthy tone atau soft sebab ianya akan membuatkan ruang nampak lebih luas. Satu lagi, jangan guna dua color.

Akhir sekali ialah kedudukan langsir sebolehnya mencecah siling terutamanya untuk rumah yang sempit. Rumah Kak Vidah sempit je jadi pemasangan langsir sampai siling membuatkan ruang nampak lebih luas dan mewah.

Itu sahaja perkongsian yang dapat kami kongsikan untuk anda hari ini. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam pilih langsir yang sesuai untuk rumah anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down