Rumah yang berbau wangi memberi ketenangan kepada seluruh isi rumahnya. Oleh sebab itu kita dapat lihat banyak jenama yang terkenal mengeluarkan produk pewangi rumah dalam pelbagai saiz. Salah satunya adalah yang viral di TikTok baru-baru ini iaitu Bath & Body Works.
Tips rumah sentiasa bau harum dan tenang ini dikongsikan oleh Adawiyah Ibrahim melalui video TikToknya yang berdurasi 20 saat. Bahan-bahannya mudah untuk dapat.
Bahan pertama yang diperlukan adalah daun pandan. Ambil daun pandan tak kisah berapa banyak pun tapi lagi banyak lagi kuat bau tu kan.
Kemudian daun pandan tadi tu potong kecik-kecik macam ni. Macam potong daun sup.
Lepas dah potong kecik-kecik sembur perfume sikit nak bagi bau naik. Tak kisah la perfume apa yang ada. Perfume badan ke perfume rumah ke asalkan perfume.
Kemudian cari bekas kecil dan masukkan daun pandan tadi tu dalam bekas tersebut. Bekas kecik macam ni boleh cari di kedai Eco. Tak pun cari di Shopee.
Akhir sekali boleh la letak kat mana-mana je yang korang suka. Lepastu rumah pun akan sentiasa bau segar sepanjang masa.
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali. Semoga dapat memberi bermanfaat untuk anda semua dan selamat mencuba.