Pada zaman dahulu, para-para student diantara anda semua ini pasti menjadikan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke kelas di universiti kan? Sebab itu sahaja pengankutan yang ada berbanding zaman sekarang dimana setiap student mempunyai pengangkutan sendiri.
Disebabkan setiap student mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan seperti bas ini semakin lama semakin ditinggalkan. Apabila ini berlaku, bas tersebut kemungkinan tidak akan digunakan lagi perkhidmatannya dan jika dibiarkan begitu sahaja, ia akan rosak.
Namun, untuk mengelakkan bas itu terus terbiar. Salah satu page didalam Facebook bernama Rumah No 2, Universiti Malaya ini telah berkongsi transformasi bas terbiar milik Universiti Malaya menjadi sebuah penginapan yang nampak mewah. Jom kita tengok perkongsian tersebut.
MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN
Jika ada pelajar Universiti Malaya yang ingin mengimbau kembali kenangan bersama rakan-rakan dan bas ini. Kini, anda boleh melakukan perkara tersebut. Nak bermalam pun boleh didalam bas itu.
Nak tido dalam bus lama UM? Teringat kisah lama dalam bas UM? Mengimbau kembali zaman anda dengan tinggal di bas ini
Wanna know what it feels like to live inside a bus? This antique UM bus was stranded in the campus for a looong time, and one day our former DVC asks if we have any use for this bus
REKABENTUK DAN DALAMAN BAS
Untuk pengetahuan anda, rekabentuk serta struktur pada luar dan dalam ini masih lagi dikekalkan yang asli. Tiada yang diubah melainkan kedudukan kerusi didalam. Banyak dibuang untuk dijadikan tempat penginapan.
SEBELUM TRANSFORMASI DILAKUKAN
Berikut merupakan keadaan bas pada masa ia dibiarkan sebelum transformasi tersebut dilakukan.
SELEPAS TRANSFORMASI DILAKUKAN
Tadaaa!!!!! Inilah dia hasil transformasi bas tersebut. Sangat cantik dan superb dekorasi didalam bas ini.
Rekaan didalam bas ini cukup simple dan akan membuatkan anda berasa didalam rumah yang moden. Keseluruhan rekaan dan juga gabungan ton warna yang menarik menaikkan lagi seri bas ini.
Beberapa susunan perabot juga sangat disusun dengan rapi. Keseluruhan boleh dibaratkan sebagai tempat sesuai untuk bercuti. Terdapat penghawa dingin didalam bas terbut jadi anda tidak akan berasa panas.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh menginap disini dengan membuat tempahan di laman sesawang airbnb ini dengan harga penginapan bermula dari RM105 sahaja. Jom bawa kawan-kawan anda disini untuk lepaskan stress.
Sumber : Rumah No.2, Universiti Malaya