Ruang bilik tidur yang kecil dan sempit, jangan ingat ianya tidak boleh di deco dengan konsep yang mampu membuatkan nampak lebih luas tau! Perkara tersebut telah berjaya dilakukan oleh suri rumah ini yang bernama Fasz Nadiah. Beliau berkongsi hasil dekorasi ini dilaman akaun tiktok miliknya.
Sedikit tips ringkas kalau mahu jadikan ruang sempit itu kelihatan lebih luas adalah penggunaan warna. Warna cukup memainkan peranan yang cukup penting dalam mendekorasikan sesuatu kediaman. Antara warna yang sesuai untuk rumah ruang terhad adalah tona warna cerah dan putih.
Jadi, untuk melihat hasil deco yang dihasilkan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Bedroom Transformation. Bilik kecik dan ruang limited nampak luas kalau guna cat warna cerah.
Ok dak hampa?
Keadaan bilik tidur ini sebelum diubahsuai.
Inilah hasil bilik tidur ini selepas diubahsuai.
Hiasan yang digunakan sebagai penyeri bilik ini.
Gantung langsir rapat hingga ke siling.
Bahagian tempat letak almari kabinet.
Menarik ubahsuai bilik ruang terhad yang dihasilkan oleh pemilik rumah ini. Terus kelihatan mewah dan luas. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.