Projek ubahsuai kediaman rumah sering dikaitkan dengan seseorang atau pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Namun, itu tidak bermakna golongan yang masih belum berkahwin perlu mengabaikan keadaan rumahnya tanpa perlu dideco.
Golongan bujang juga berhak mencantikkan kediaman yang di diaminya supaya ianya lebih selesa. Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Farzana Rahimmullah. Beliau telah menghasilkan transformasi cara bajet pangsapuri kerajaan dengan sangat kreatif dan menarik.
Untuk melihat keadaan sebelum dan selepas diubahsuai, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Transform pangsapuri kerajaan tahun 90an. Tema deco adalah barang Shopee murah yang sedap mata memandang. 90% barang beli di Shopee sahaja.
Thanks jugak kepada penyewa lama, banyak barang berguna yang dia tinggalkan kepada saya.
Alhamdulillah.
Keadaan dalaman sebelum diubahsuai. Tiga bulan juga beliau duduk kosong tanpa diubahsuai.
Keadaan ruang tamu setelah diubahsuai. Beliau mengambil masa lebih kurang setahun untuk hasilkan dekorasi seperti ini.
Semua barangan yang digunakan dibeli dari Shopee.
Ruang menonton tv selepas diubahsuai.
Ruang dapur tempat memasak sebelum diubahsuai.
Ruang ini setelah dikosongkan. Baunya agak kurang senang.
Keadaan dapur setelah selesai diubahsuai. Sangat menarik dan begitu kreatif hasil dekorasi yang dilakukan.
Bahagian rak pada ruang dapur.
Ruang sinki sebelum diubahsuai.
Keadaan dapur selepas diubahsuai hasil tangan seorang wanita.
Rak tempat letak pinggan mangkuk.
Ruang laundry sebelum diubahsuai.
Ruang laundry selepas diubahsuai.
Bilik tidur sebelum diubahsuai.
Hasil ubahsuai bilik tidur ini.
Sangat menarik ubahsuai yang dilakukan ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.
Semoga bermanfaat.