Transformasi Dalaman Rumah Berkonsepkan "Black Deco"

9,220 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tidak sukakan apabila rumah kita di transformasikan daripada rumah yang biasa menjadi luar biasa. Tidak ramai yang mampu membuatkan transformasi sebegini tambahan pula dengan rumah yang dah lama dari zaman 80an.

Transformasi dalaman rumah yang dikongsikan oleh Mira Nabila Wahiba ini sangat menarik perhatian Giler Deco ini. Dari rumah yang kelihatan setinggan dari luar namun didalam kelihatan sangat mewah seakan-akan rumah dalaman kondo.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana Mira Nabila ini melakukan transformasi dalaman rumah ini. Jom kita tengok gambar sebelum dan selepas hasil transformasi tersebut dilakukan.

Transformasi Dalaman Rumah Yang Cantik & Menarik Dipandang

From nothing to something. Orang cakap "luar rumah macam setinggan, dalam macam kondo" pun boleh buat saya tersenyum simpul. Mau tak kembang kuncup hidung tu?🤣 Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki ya

Luar Nampak Setinggan

Inilah rupa luar rumah saya. Rumah teres kos rendah tahun 80 an, 2 bilik 1 bilik air. Ya, sekarang pun masih rupa macamtu. Biar la orang nak cakap tak cantik ke apa.

Transformasi Dalaman Rumah

Lantai asal rumah simen je.

BAHAGIAN RUANG TAMU

SEBELUM

Awal2 duduk pakai tikar getah je. Sakit mata tengok gelembung2 tu. Tingkat atas takde bilik air. Jadi kami suka berkampung bergumpal depan tv kat bawah je. Bilik atas buat tempat simpan barang je.

Transformasi Dalaman Rumah

SELEPAS

PKP 1 tahun lepas saya cuti niaga, suami cuti kerja. Daripada takde kerja nak buat, kami kerjakan rumah. Dari pasang vinyl, mengecat, susunatur semua kami buat berdua.

Daybed kami cat hitam

Transformasi Dalaman Rumah

Tambah cermin untuk effect luas. Set sofa coklat ni beli dari kedai perabot biasa je kat batu pahat

Daybed kami alihkan. Gantikan dengan display rack. Display rack ni saya custom. Tukangnya orang Batu Pahat. Dia ikut bajet kita.

Transformasi Dalaman Rumah
Transformasi Dalaman Rumah

BAHAGIAN BILIK TIDUR

SEBELUM

Tilam dah pindah atas. Naik atas bila nak tidur malam je. Selagi belum ada bilik air kat atas, tak rajin nak naik atas banyak kali. Lantai atas lantai kayu.

Transformasi Dalaman Rumah

Bilik ni pula memang tak duduk pun. Tingkap pun togel je.

Transformasi Dalaman Rumah

SELEPAS

Kita cat putih je pastu tukar blind.

Transformasi Dalaman Rumah
Transformasi Dalaman Rumah

BAHAGIAN RUANG DAPUR

SEBELUM

Dapur sebelum. Motor tu masa suami baru2 beli. Takut nau nak letak luar. Berbulu je mata tengok dia park kat dapur.

Bilik atas xde bilik air, malas nak turun naik banyak kali, letak je baju kat bawah.

Dapur basic je. Cabinet pun belum ada. Yang penting motor dah tak park kat dapur.

Belum ada toilet kat bilik atas, jadi kita letak je lemari kat dapur. Bersiap semua kat bawah.

Sumber : Mira Nabila Wahiba

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down