Transformasi dapur lama berkonsepkan gaya moden

30,653 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tak kiralah bangsa apa sekalipun di dunia ni , semuanya sangat menitik beratkan dapur yang kemas dan selesa. Hal ini demikian kerana dapur merupakan jantung hati dalam setiap rumah terutama sekali bagi yang suka memasak.

Disebabkan itu, dapur merupakan ruang penting dalam rumah. Giler tak penting. Kalau korang beli rumah lepas tu tak ada dapur, macam mana? Boleh 'pokai' kalau hari-hari nak makan dekat kedai.

Jadi tak hairan la jika ramai antara kita yang mementingkan ruang dapur yang lebih selesa, kemas dan cantik seperti yang dilakukan oleh ruma.aep. Beliau telah melakukan transformasi dapur lama kepada dapur baru berkonsepkan dapur moden.

Transformasi Dapur Sempit Berkonsepkan Gaya Modern Bermodalkan RM 2.4 Ribu

@ruma.aep

My small kitchen transformation journey. Betul lah orang kata, trust the process. Buat sikit2 ikut budget. 🥰 #kitchentransformation #kitchendecor #homedecormalaysia #fyp #decoridea #rumahminimalis

♬ original sound - ruma.aep - ruma.aep

Keadaan Dapur Sebelum Diubahsuai

Disebabkan ruang dapur sempit, jadi tak boleh nak letak banyak barang.

transformasi dapur

Jadi ambil keputusan untuk buat kabinet dapur. Boleh sorok barang kat dalam kabinet lepas ni.

transformasi dapur

Hasil Akhir Transformasi Dapur

Tada! Kitchen transformation is done! Dapur nampak lagi luas dan mewah. Yang dekat dinding tu saya tampal wallpaper je nak bagi nampak mewah plus tak nak bagi dinding kotor. Kalau korang nak wallpaper macam tu, korang boleh dapatkan di shopee.

transformasi dapur

Sekian saja perkongsian dari Giler Deco mengenai transformasi dapur pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua. Jika tiada bajet yang tinggi, jangan berhutang untuk memperoleh dapur idaman anda kerana ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mencantikkan ruang dapur. Stay tune!

Sumber : @ruma.aep (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down