Setiap daripada kita ini semestinya terfikir untuk mempunyai sebuah dapur yang cantik kan? Tidak kisahlah ianya dapur yang besar ataupun kecil asalkan ia kelihatan cantik. Jadi, anda boleh lakukan sebuah transformasi terhadap ruang dapur kecil atau besar anda agar ia memenuhi citarasa dapur yang diidamkan.
Seperti yang dilakukan oleh Mohammad Dzulfadzli ini, beliau berkongsikan beberapa keping gambar mengenai transformasi dapur kecil beliau. Hasilnya membuatkan Giler Deco tertarik dengan hasil akhirnya. Jom kita tengok bagaimana gambar sebelum dan selepas transformasi ini dilakukan.
Transformasi dapur kecil kami hasil cetusan idea dari Ikea & P-interest.
Semoga memberi inspirasi untuk sesiapa yang mempunyai ruang yang terhad, tapi masih boleh memisahkan dapur basah dan kering untuk kegunaan harian.
Keluasan dapur
Dapur kering : 10 × 10 kaki
Dapur basah : 6 x 6 kaki
Hasil Sebelum Dan Selepas Dapur Kecil Yang Dilakukan
Dapur kering sebelum transformasi. Dapur yang sangat kecil memerlukan idea luar kotak untuk memaksimumkan ruang sebaik mungkin.
Ruang dapur basah sebelum tranformasi. Kami menggunakan ruang asal laundry rumah untuk dijadikan dapur basah.
Pandangan dapur kering dari ruang tamu selepas transformasi.
Pandangan dapur kering dari sudut lain. Island bar table di tengah untuk kegunaan keluarga untuk makan.
Island bar boleh extend dijadikan ruang makan keluarga kecil kami.
Pintu dapur basah, tujuan pintu kaca digunakan untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam dapur kering di samping menghalang bau masakan masuk ke dalam rumah.
Dapur basah yg simple tapi lengkap segalanya.
Our small preparation station.
Sangat cantik walaupun ruangnya agak terhad tetapi beliau dapat hias dan memaksimumkan ruang tersebut dengan sebaik mungkin.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!
Sumber : Mohamad Dzulfadzli Jais