Dekorasi Dapur Luar Yang Diberikan Perubahan Menakjubkan

321 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sahaja bila sebut pasal satu ruang dapur pada bahagian luar rumah ni sudah pastinya nakkan? Jika ada ruang kosong pada belakang rumah, yang pertama datang pada kepala adalah nak buat sebuah dekorasi dapur luar yang cantik untuk mata memandang.

Begitulah apa yang diimpikan dan dilakukan oleh Siti Fatimah Ahmad ini. Beliau nampak sebuah ruang belakang rumah beliau yang terbiar dan kosong. Jadi, beliau fikir inilah masanya untuk buat satu lagi bahagian dapur luar diberikan sentuhan dekorasi modern.

Bagaimanakan rupa dekorasi dapur luar milik beliau ini? Jom kita tengok hasil sebelum dan selepas dekor yang dilakukan oleh beliau ini. Mana tau boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk mereka nakkan dekorasi dapur luar macam Siti Fatimah Ahmad ini.

Dekorasi Dapur Luar Yang Diberikan Perubahan Yang Menakjubkan Setelah Lama Terbiar

Assalamualaikum dan selamat pagi

Dikongsikan dapur luar yang kononnya dibuat untuk masak2 bila ada tempahan. Asalnya ruang ini tidaklah dirangcang dari awal semasa proses renovasi dapur utama dijalankan. Ianya hanyalah ruang yang dibiarkan kosong.

Proses tranformasi ini dilakukan setelah 8 bulan renovasi dapur utama siap, sebab itulah agak kucar kacir plannya. Rasa sakit mata pulak bila dibiarkan begitu saja dan ruang tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya pun menghantar lakaran kepada kontraktor dan kontraktor pun merealisasikan keinginan saya.

Dekorasi Pada Bahagian Dapur Luar Yang Cantik Untuk Tatapan Ramai

Ruang asal dibiarkan. Anggaran dalam 18x5kaki. Keadaan lantai menyerong semakin sempit menjadi 3 kaki.

Dekorasi Dapur Luar

Lakaran kepada kontraktor yang dilakukan oleh owner.

Dekorasi Dapur Luar

Masa ni proses untuk cantikkan bahagian dapur luar dimulakan.

Dekorasi Dapur Luar

Akhirnya siap juga.

Untuk mengekalkan rekabentuk yang agak moden dan memberikan cahaya yang cukup, dinding kaca dibina disamping untuk mengelakkan tempias hujan.

Disebabkab rumah corner lot dan facing jalan utama, inilah cara terbaik yang saya fikir untuk menampakkan pandangan yang indah dari jalan.

Dekorasi Dapur Luar

Tempat letak dapur asalnya adalah rumah tong gas untuk dapur dalam. Nasib baik dari awal buat muat untuk 2 tong gas, so dapat guna 1 untuk dalam dan 1 untuk dapur luar.

Meja yang dari kaki mesin jahit lama mak. Saya tempah top dari kaca ukuran bersesuaian dengan ruang yang sempit. Bolehla melepak² tengok anak2 ikan dan meja itu juga saya gunakan untuk siapkan tempahan gubahan okid.

Dekorasi Dapur Luar

Atas sinki kami buat ala2 kaunter.

Memandangkan tidak ada pintu yang menghubungkan terus dapur dalam ke dapur luar, jadi saya mintak kontraktor buat kaunter ni untuk memudahkan proses "hulur" perkakas dan mudah untuk buang sampah.

Dekorasi Dapur Luar

Asalnya nak letak kaca dekat atas pintu tu tapi keadaan tidak mengizinkan.

Dekorasi Dapur Luar

Kredit : Siti Fatimah Ahmad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down