Dapur adalah satu ruang dan tempat yang sangat penting. Jika ianya sudah mula kelihatan suram dan tidak menarik, apa kata kita cuba berikan nafas baru dengan menukarkannya dengan konsep lebih menarik.
Proses ubahsuai ini dilakukan oleh seorang suri rumah yang bernama Dhaja Perak. Beliau telah melakukan transformasi dapur lusuh kepada gaya baru yang cukup nampak mewah.
Jom kita lihat keadaan sebelum dan selepas diubahsuai.
Salam semua, pertama kali saya post dekat sini.
Nak share dapur baru saya. Syukur alhamdulillah, semua berlaku tanpa dirancang. Semua dengan izinNya.
Boleh baca kisah dari mula bagaimana tranformasi lama bertukar baru. Apapun, Syukur Alhamdulillah. Hadiah buat keluarga kecil kami.
Keadaan dapur rumah sebelum diubahsuai.
Ketika ini peti sejuk baru dibawa masuk.
Saiz peti ini agak tinggi sedikit dari kabinet, jadi agak tidak matching.
Kabinet atas dibuka semula untuk dimuatkan peti.
Peti sudah berjaya dimasukkan.
Kabinet dibuka kesemuanya untuk diganti dengan kabinet baru.
Kabinet baru telah sampai. Proses pemasangan akan dilakukan.
Proses pemasangan kabinet baru mula dilakukan.
Inspirasi konsep ini adalah datang dari Google.
Keadaan dapur setelah proses ubahsuai selesai dilakukan.
Bahagian ruang makan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan inspirasi untuk menghasilkan ubahsuai pada bahagian dapur. Semoga bermanfaat.