Transformasi Meja Makan Bajet Bermodalkan RM110

6,507 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk menghias rumah kediaman, tidak semestinya memerlukan perabot dan barangan baru supaya kelihatan lebih cantik. Walaupun ada perabot lama yang masih boleh digunakan sekalipun, jika ditambah baik dengan mengeluarkan sedikit modal, sudah pasti mampu memberi impak yang menarik.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nadia Musa, beliau telah berjaya menukarkan meja lama tersebut menjadi meja makan yang cukup cantik dan menarik.

Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian menarik dibawah ini.

Transformasi Meja Makan Bajet Bermodalkan Hanya RM110

Total bajet RM110 (kerusi RM26 sebiji jenis yang lasak sikit).

Inspirasi dari group deco juga. Kerusi saya beli dekat kedai kelengkapan rumah (kota baharu). Saya ada attach gambar kedai itu.

Kedai beliau membeli kerusi.

Transformasi Meja Makan Bajet

Inilah rupa asal meja makan yang akan diubahsuai itu.

Bahan dan peralatan yang digunakan:

  • Spray putih Mr.DIY.
  • Wallpaper marble Mr.DIY.
  • Meja banquet lama sedia ada dekat rumah.
  • Kerusi plastik 4 biji.
Transformasi Meja Makan Bajet

Meja makan tersebut setelah dipasang wallpaper sticker.

Transformasi Meja Makan Bajet

Beginilah rupa ruang makan setelah ubahsuai selesai dilakukan.

Transformasi Meja Makan Bajet
Transformasi Meja Makan Bajet

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk hasilkan meja makan dengan cara bajet.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down