Makeover Dinding Rumah Dengan DIY Frame Gambar

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Selalu orang akan makeover dapur atau ruang tamu, tetapi lain pula yang dibuat oleh Atilia Aida dan suaminya. Beliau menggabungkan ideanya dan suaminya yang ingin menggantungkan gambar-gambar memori mereka dan anak.

Mari kita baca kisah bagaimana dan berapakah kos yang dihabiskan oleh mereka untuk makeover dinding rumah dengan DIY frame gambar ini.

Makeover Dinding Rumah Dengan DIY Frame Gambar Untuk Dijadikan "memory lane"

Suami nak buat frame gambar memori keluarga since gambar dalam fone penuh tapi tak pernah print out. Saya pulak teringin nak batten wall. So, bergabung idea terhasil lah "memory lane" ni. Berminggu jugak la sebab ada anak kecik & both kerja. So, buat sikit-sikit maka siaplah jugak.

  1. MDF board = RM 44
  2. Gam X Bond = RM7
  3. Filler = RM7
  4. Wainscoting untuk frame = RM17
  5. Plywood untuk frame(5.2mm thk) = RM21
  6. Cuci Gambar = RM51 (200pcs)
  7. Stack it (tape untuk tampal gambar ke frame) = RM5
  8. Cat Nippon matex 1L = RM 20
  9. Rail light = RM 70
  10. Puck light = RM 20

TOTAL = RM 262

Makeover Dinding Rumah Dengan DIY Frame Gambar

Mula-mula setup bahagian bawahnya terlebih dahulu dengan membuat wainscoting. Kalau tidak dinding akan nampak plain sangat. Lagipun memang ini yang diinginkan oleh sang isteri.

Apabila sudah siap wainscoting barulah, susun gambar-gambar yang telah di print out dari telefon. Untuk board gambar ni boleh guna plywood. Susun cantik-cantik dan kemas.

Selepas sudah siap susun semua gambar, boleh lah tampal plywood tersebut di dinding. Bingkainya boleh guna kayu yang yang sama untuk buat wainscoting tadi.

Dan beginilah hasilnya. Boleh tambah lampu di atas frame untuk menaikkan seri lagi. Tidak lah nampak plain sangat dinding kalau tambah frame gambar ini kan.

Disebabkan tidak mahu membuat wiring baru, jadi mereka decide untuk diy dengan memasukkan puck light ke dalam rail light. Jika pakai puck light just guna remote sahaja untuk control.

Itu sahaja perkongsian daripada Puan Atilia Aida tentang proses menyiapkan 'memory lane' dirumah mereka. Semoga anda semua terinspirasi.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down