Transformasi Ruang Backyard Kampung Untuk Bersantai

730 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau sebelum ini Nik Munazzah telah berkongsi gambar sebelum dan selepas rumah kampung beliau dilakukan proses pembesaran rumah. Kali ini, beliau kongsikan pula sebuah transformasi ruang backyard rumah kampung beliau dijadikan sebuah tempat untuk bersantai.

Ruang tersebut dilakukan banyak pembaikkan serta memasang tiang yang baharu. Laman backyard ini lebih difokuskan agar ia kelihatan sebagai tempat ruangan santai yang cantik serta menarik untuk bersantai bersama ahli keluarga tersayang. Yang penting siap ada tempat BBQ lagi.

Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini mengenai transformasi ruang backyard rumah kampung beliau.

Transformasi Ruang Backyard Rumah Kampung Yang Dijadikan Tempat Untuk Bersantai

PART 2: Backyard

Saya kongsikan idea transformasi belakang rumah kampung saya yang comot ni mampu menjadi ruang santai keluarga yang menarik.
Bahagian belakang yang tersorok oleh pandangan umum bukan alasan untuk kita melonggokkan barangan tak terpakai.
Jangan depan rumah aja elok, belakang pun kena bersih dan cantikkan juga.
Total kos retaining wall, upgrade septic tank according to indah water spec (masa beli rumah asal tu septic tank pakai kerek telaga aja) + decking and bbq pit semuanya dalam 18k pada waktu itu (2009). Selepas berkhidmat selama 10 tahun. Backyard ni dah tak ada sekarang ni. Saya dah besarkan dapur dan naik kan tingkat untuk tambahan bilik bagi memenuhi tuntutan anak2 yang sudah meningkat remaja. (refer Part 1- reno rumah bahagian belakang)

Anyway. Saya tetap remain area bbq cuma dah jadi agak kecil. Nanti dah siap saya update lg disini untuk dikongsi bersama.

Ruang Backyard Rumah Kampung Dijadikan Tempat Bersantai

Ini rumah asal bahagian depan. Just untuk recall sambungan dari part 1.

Rumah asal bahagian belakang iaitu sebelum transformasi dilakukan.

Buat retaining wall dan pagar untuk safety dan privacy.

Transformasi Ruang Backyard

Ini bahagian dapur rumah asal dinding masih dikekalkan untuk jimat kos cuma tukar tingkap dan bagi wall finishing shera plank.

Wall finishing shera plank.

BBQ area. Lama dah tengok mat salleh bakar2 kat backyard. Teringin la jugak kan nak ada kan.

Transformasi Ruang Backyard

Hasil Akhir Transformasi Ruang Backyard Yang Dilakukan Ini

Ini hasilnya. Boleh santai-santai sambil breakfast dan minum petang.

Part paling best adalah boleh buat family bbq dinner. Anak-anak pun seronok. Backyard ni juga berfungsi sebagai tempat sambutan hari jadi untuk anak-anak.

Transformasi Ruang Backyard

Transformasi dari semak samun kepada ruangan keluarga. Kotak2 kat tepi tu sebenarnya saya tutup kan cerucuk. Masa buat lantaian tu saya dah prepare cerucuk untuk buat 2 tingkat in future. Future nya adalah selepas 10 tahun yang mana sekarang ni saya besarkan dapur dan naikkan menjadi 2+1 tingkat.

Seperti dinding, lantai tu juga bukan kayu. Material cement fiber pun dari "Shera Plank". Saya cuba elakkan kayu sebab rumah ni di kawan kampung untuk elakkan serangan anai-anai.

Boleh buat outsite family dinner. Isteri dan anak perempuan bebas tanpa tudung sebab terhalang pandangan orang luar. Di kiri kanan rumah juga dibuat pintu untuk halang binatang masuk ke backyard.

Sumber : Nik Munazzah

Sangat menarik projek yang dilakukan oleh beliau. Boleh menghirup udara segar pada waktu pagi dan melihat bintang di langit pada waktu malam kerana ruang atasnya terbuka. Sangat sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga tersayang.

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down