Transformasi Rumah Flat Kecil Yang Berkeluasan 590 Sqft

19,158 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Transformasi sesuatu rumah flat merupakan transformasi yang paling ditunggu-tunggu. Sebab apa? Sebab rumah flat ini tidak semua mampu mengubah keadaan rumah flat yang muram menjadi baharu macam rumah yang baru dibeli.

Anda boleh melihat transformasi yang dilakukan oleh Syuki Cuki ini. Beliau melakukan transformasi ini dengan suami tercintanya selepas 2 bulan pindah kerumah flat tersebut. Beliau juga kongsikan gambar sebelum dan selepas transformasi rumah ini dilakukan untuk tujuan rujukan kita semua.

Syuki Cuki juga berkongsikan perubahan rupa rumah flat beliau didalam sebuah grup Facebook bernama "Kelab Kaki Deco". Hasil daripada perkongsian beliau, terdapat pelbagai reaksi daripada ahli grup tersebut mengenai transformasi tersebut. Ada yang menyukainya dan juga bangga.

Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada Syuki Cuki ini.

Suami Isteri Berganding Bahu Melakukan Transformasi Rumah Flat Kecil Keluasan 590 Sqft

Alhamdulillah hasil suami isteri selepas 2 bulan pindah. Just nak share dengan kawan2 deko rumah flat kos rendah pkns, 590sq ft je. Rumah kecil sangat,hanya ada 2 bilik..let's check it out at each picture

Gambar Setiap Bahagian Rumah Sebelum & Selepas

Bahagian Dapur 

Inilah dia rupa asal kawasan dapur yang terdahulu.

Transformasi Rumah Flat

Dapur kecik kami,tak mampu lagi nk buat kabinet. Jahit langsir je nk tutp barang kt bawah tu

Bahagian Tandas

Tandas rumah flat sememangnya kecil. Jadi, terpaksa buang kolah ditepi untuk nampak lebih luas.

Transformasi Rumah Flat

Bilik air,mosaic lama. So kitorg tampal wallpaper je.

Ini pula adalah bahagian laundry saya nak basuh baju.

Bahagian Bilik Tidur

Bahagian bilik tidur kami yang lama. Awal-awal tiada katil. Cuma ada tilam sahaja. Biasalah baru pindahkan.

Transformasi Rumah Flat

Bahagian Ruang Tamu

Ini adalah bahagian ruang tamu tempat untuk kami lepak sama-sama untuk tengok tv.

Transformasi Rumah Flat

Bahagian Laluan Masuk Ke Rumah

Transformasi Rumah Flat

Sumber : Syuki Cuki

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down