Rumah merupakan tempat berteduh yang sangat penting untuk kita semua. Tidak kiralah rumah yang didiami ketika ini baru atau lama, mewah atau sederhana, ia tetap dianggap syurga buat kita dan keluarga.
Jadi, sekiranya tinggal di rumah yang keadaannya agak kelihatan lama dan lusuh, tidak salahnya cuba memberikan satu nafas baru terhadap rumah tersebut bagi memastikan ianya kelihatan lebih menarik.
Itulah yang dilakukan oleh Puan Farah Lyana Muhammad Sabri. Beliau menghasilkan transformasi rumah ibu-bapa jenis memanjang yang cukup menarik.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Transformasi Rumah 25 Tahun.
Rumah kedua ibubapa puan Farah Lyana Muhammad Sabri yang berusia lebih 25 tahun telah diberi
facelift, lengkap dengan dinding berpanel wainscoting dan perabot-perabot baru. Memang sangat cantik!
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ruang tamu setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Keadaan ruang menonton tv setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Keadaan ruang makan setelah ubahsuai selesai dilakukan. Walaupun ruang rumah ini agak terhad, tetapi, jika pandai menyusun barangan dan perabot, ianya mampu menghasilkan satu keadaan rumah yang menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan ubahsuai rumah kediaman.
Semoga bermanfaat