Transformasi Rumah Pusaka Yang Usang Kepada Baru

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah pusaka adalah rumah peninggalan daripada kedua orang tua kita. Sepatutnya ia dijaga kerana sentimental value yang tercipta di rumah itu tidak dapat dibeli dan didapati di tempat lain.

Perkongsian daripada Radhzi Rahman berkenaan transformasi rumah pusaka yang usang kepada baru milik arwah ibu bapanya. Beliau ada memberi kiriman melalui direct message atau DM di Instagram kami, Giler Deco untuk berkongsi tentang rumah pusakanya ini.

Transformasi Rumah Pusaka Yang Usang Kepada Rumah Kediaman

Beginilah keadaan rumah ketika dan sebelum diubah suai. Rumah ini diubah suai sedikit demi sedikit pada tahun 2018 sehingga sekarang. Katanya rumah usang ini dibina oleh arwah mak dan ayah beliau sendiri.

Pada tahun 2018 beliau mula buat dan tukar rumah usang ini kepada rumah idaman secara perlahan-lahan kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi.

Boleh dikatakan renovation ini 100% baru cuma beliau hanya mengekalkan ruang dan lorong bilik yang sama.

transformasi rumah pusaka

Hasil rumah ini sangat berbeza dengan sebelumnya. Sangat cantik dan selesa. Radhzi Rahman berharap semoga perkongsian daripada beliau ini dapat membantu dan memberi idea kepada rakyat Malaysia diluar sana untuk mengubah suai rumah kampung yang usang kepada rumah idaman.

Disini sahaja perkongsian daripada Giler Deco tentang transformasi rumah pusaka yang telah dikongsi oleh Radhzi Rahman. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada para pembaca kami.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down