Dekorasi Rumah Pusaka Ibu Ayah Di Kampung Dilengkapi Kolam

1,629 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah pusaka ibu ayah ini kadang-kadang ada min tengok yang dibiarkan begitu sahaja. Apabila dibiarkan begitu jer, lama-lama rumah terbut akan lusuh, buruk dan yang paling teruk menjadi rumah kayu yang dipenuhi dengan pokok-pokok menjalar.

Kalau diberikan penjagaan yang sepenuhnya sudah tentu rumah pusaka tersebut akan dapat memberikan manfaat untuk orang lain. Macam yang dikongsikan oleh Zakiah Ashari ini, beliau dan suaminya telah melakukan sedikit renovasi pada rumah pusaka tersebut.

Disamping renovasi yang dilakukan, dekorasi rumah yang hendak dilakukan oleh pasangan suami isteri ini adalah tema kampung modern. Jadi, jom kita tengok dekorasi rumah pusaka kampung yang dikongsikan oleh Zakiah Ashari.

Dekorasi Cantik Rumah Pusaka Ibu Ayah Dilengkapi Dengan Kolam Renang Yang Santai

Selepas beberapa tahun berusaha renovate rumah pusaka arwah ayahbonda akhirnya 2022 dapat kami pindah terus balik tinggal dirumah pusaka ini. Inilah hasil tukang dan deko suami isteri di rumah kampung kami yang saya sendiri pun tak tahu konsep apakah yang kami buat ni. Janji sedap mata tengok kira jalan saja.

Suami Isteri Berganding Bahu Melakukan Dekorasi Rumah Kampung

Rumah pusaka ibu ayah yang lama ni diberikan nafas baharu di kampung. Daripada terbiar jer boleh juga guna untuk diri sendiri.

Rumah Pusaka Ibu Ayah

Ruang untuk bersantai dengan tetamu yang datang kerumah ni.

Dalaman rumah pada bahagian ruang tamu. Nak bagi nampak luas pastikan jangan ada perabot besar.

Rumah Pusaka Ibu Ayah
Rumah Pusaka Ibu Ayah

Beralih pula kepada bahagian dapur kering dan juga basah.

Ruang meja makan untuk makan bersama-sama dengan seisi keluarga.

Rumah Pusaka Ibu Ayah

Ruang untuk bersantai pada bahagian luar. Nak menghirup udara segar sambil lepak mengopi disini memang sini tempatnya.

Sambil-sambil ibubapa duduk melepak, anak-anak juga boleh mandi didalam kolam mini kat luar ni.

Rumah Pusaka Ibu Ayah

Sumber : Zakiah Ashari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down