Bestnyer kalau dapat memilih dan menerapkan tema rumah mengikut kesukaan kita kan? Dengan memilih tema diri sendiri ini, kita dapat melakukan deko rumah sebagaimana yang kita suka dan juga menceriakan dalaman rumah dengan idea kita sendiri.
Macam yang dilakukan oleh Nor Sarah Shukri ini, beliau berkongsikan sebuah transformasi rumah teres lamanya yang kelihatan tidak cantik kini kelihatan seakan-akan rumah baharu.
Perkongsian tersebut telah dikonhsikan didalam grup facebook " Kelab Deko & Selepas". Hasil transformasi mendapat pujian yang ramai daripada ahli grup tersebut yang menyatakan tema penggunaan tersebut amatlah sesuai.
Jenis rumah : teres 2 tingkat
Deco : Minimalist
Sejak remaja lagi saya mengimpikan dapur yang berkonsepkan minimalist tapi tampak elegant. Syukurlah kini saya telah memilikinya. Kini, saya lebih bersemangat untuk mencuba resepi-resepi lazat buat keluarga saya.
Rupa Rumah teres 2 Tingkat Sebelum Transformasi ini Dilakukan
Sebelum rupa rumah ini berubah kepada rupa baharu. Ambil gambar dahulu rupa rumah teres yang sebelumnya. Inilah dia keadaan setiap ruang yang asalnya iaitu sebelum transformasi ini dilakukan.
Ini adalah bahagian dapur yang dahulunya. Jangan tanya kenapa bersepah sebab ruang kecil dan tiada tempat nak simpan barang dapur.
Ini pula adalah bahagian tandas. Simple-simple sahaja namun nak lebih nampak gempak lagi.
Bahagian ni merupakan bahagian halaman rumah. Tak yah cakaplaa belakang ni semestinya sudah bersepah dari dulu lagi. Huhuhu.
Gambar Semasa Proses Tranformasi Rumah Ini Dilakukan
Ini pula gambar-gambar beberapa dalaman rumah yang sedang dilakukan transformasi. Bermula daripada ruang bahagian belakang sehingga ke dapur dan yang last sekali adalah tandas.
Rupa Dekorasi Rumah Teres Selepas Selesainya Transformasi Ini
Dah tengokkan gambar sebelum dan semasa transformasi ini dijalankan? Kini, tiba masanya untuk tunjukkan hasil akhir transformasi rumah teres yang dilakukan ini.
Bahagian laundry room ini wajib ada untuk setiap rumah agar memudahkan kerja-kerja membasuh baju.
Bahagian tandas yang telah pun diubah sepenuhnya.
Kredit : Nor Sarah Shukri