Boleh dikatakan hampir semua orang tidak berminat untuk cuba mengubahsuai rumah yang sudah lama ditinggalkan. Mungkin faktor utamanya adalah mereka berpendapat bahawasanya rumah lama mungkin ada penghuni lain yang menetap kerana sudah lama ditinggalkan.
Memang tidak dinafikan jika rumah sudah tidak berpenghuni akan ada makhluk lain yang tinggal di situ. Namun, itu bukanlah penghalang untuk lelaki ini menukarkan rumah teres lama milik arwah ibu dan abah kepada konsep ala kondo mewah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian di bawah ini.
Dulu berimpian nak rumah ala-ala kondo.
Mula-mula tengok rumah lama arwah ibu ini rasa macam susahnya nak deco rumah ini ala-ala kondo mewah di KL ni. Tapi rasa teruja nak buat jugak. Tak fikir panjang terus buat design, konsep dan kira kos yang kena keluarkan.
Menurut perkongsian dari Farziehan Surf, rumahnya yang berkeluasan kira-kira 1100 kaki persegi di Sungai Petani Kedah sudah hampir lebih 10 tahun tidak berpenghuni.
Biasalah kalau bercakap rumah lama, memang orang akan kaitkan dengan benda mistik. Lagipun rumah yang diubahsuai ini sudah hampir 10 tahun tidak berpenghuni. Namun, itu semua bukanlah menjadi satu penghalang untuk kita memberikan nafas baru terhadap rumah lama ini.
Nekad yang ditunjukkan dalam mengubahsuai rumah usang itu mendapat perhatian netizen kerana sifatnya yang boleh dikatakan banyak memberi inspirasi kepada orang ramai dalam cuba mengubahsuai rumah lama.
Hampir keseluruhan perabot yang digunakan adalah dari SSF dan IKEA. Konsep deco yang digunakan adalah moden klasik. Boleh dikatakan konsep ini sangat disukai orang ramai. Konsep ini boleh dikatakan tidak keras, tidak serabut dan lembut.
Perabot yang digunakan adalah perabot-perabot moden, ringkas dan masih gunakan perabot dari material kayu.
Meja makan itu dibeli dari IKEA, lalu digabungkan dengan kerusi meja makan dari material fabrik baldu. Kos yang dikeluarkan lebih kurang dalam RM145k untuk buat rumah sebegini.
Bahagian ruang dapur.
Bahagian bilik tidur.
Akhir sekali, bahagian bilik air setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk melakukan ubahsuai rumah.
Semoga bermanfaat.