Bercakap mengenai teratak kecil ini kadang-kadang dah memadai untuk sesiapa yang baru berkahwin. Namun jika ada duit lebih, sebuah teratak yang kecil tersebut boleh berubah menjadi sebuah kediaman yang cantik dan modern jika transformasi dilakukan.
Boleh rujuk kepada sebuah perkongsian daripada Puan Elley dimana beliau berkongsikan sebuah teratak ataupun kediaman kecil mereka yang lama telah dilakukan transformasi yang menakjubkan. Dari rumah yang tiada pagar terus ada pagar. Dari rumah yang kelihatan biasa sahaja terus nampak modern.
Jom kita tengok hasil sebelum dan selepas transformasi teratak kecil milik kepada Puan Elley ini. Mana tau boleh dijadikan sebagai sebuah inspirasa untuk mereka diluar sana.
Transformasi Teratak Kecil Kami
Teratak kecil kami iaitu sebuah rumah kos rendah yang diberikan sebuah transformasi menyeluruh. Hasil sebelum transformasi sehinggalah kepada hasil selepas transformasi tersebut.
Sebuah Teratak Kecil Yang Diberikan Sentuhan Ajaib Kediaman Baharu
Beginila keadaan teratak kecil kami ini pada awalnya.
Dalaman pula standard rumah kayu. Ruang pun jenis memanjang mula-mula masuk.
Bahan-bahan untuk melakukan transformasi ini juga sudah disediakan.
Bahagian dapur juga perlu di transform. Jadi, bahagian ada sinki sahaja.
Belakang ni nampak kosong. Jadi, tambah buat pagar untuk menghalang daripada orang luar masuk.
Proses membuat garaj yang tinggi untuk berlindung daripada pancaran cahaya matahari.
Pintu hadapan pun tukar. Kalau nak bagi nampak modern kena ikut design yang latest.
Hasil Akhir Transformasi Teratak Kecil Yang Dilakukan Ini
Bahagian dapur yang telah ditambhkan kabinet gantung dan juga ruang makan bersama keluarga.
Bahagian hadapan rumah dilengkapi dengan bumbung tinggi.
Untung dapat ruang tamu memanjang ni. Nak lakukan deko pun senang. Ini dia kombinasi sofa maroon dan juga dinding warna cream.
Kredit : Puan Elley