Backsplash yang menarik dan cantik pada dinding bahagian dapur rumah sememangnya menjadi kegemaran untuk para-para isteri semua. Nak buat secara diy backsplash ni boleh dikatakan tak ramai pandai namun sebenarnya caranya sangatlah simple dan senang sahaja.
Seorang tiktokers yang femes ini bernama @trisyaaman telah berkongsikan tutorial diy backsplash yang dilakukan oleh suami beliau. Bahan-bahan juga sangat mudah untuk dapat dan semua boleh lakukannya secara diy dirumah tanpa mengupah orang lain.
Untuk anda yang berminat nak ada sebuah backsplash dirumah boleh ikuti tutorial diy yang dikongsikan ini. Mana tau kan lepasni setiap rumah di Malaysia mempunyai backsplash dapur yang cantik pada setiap bahagian dapur.
Nak ajar tutorial diy backsplash untuk bahagian dapur rumah berkonsepkan subway backsplash yang cantik
Cara Mudah Untuk Membuat DIY Backsplash Diajar Oleh Tiktokers
Berikut merupakan beberapa bahan yang diperlukan untuk melakukan backsplash dapur ini
Proses Dalam Melakukan Tutorial DIY Backsplash Dapur Ini
Pertama sekali, lekatkan tiles guna gam x-bond.
Tampalkan masking tape lepas lekatkan pada dinding untuk elak tiles bergerak.
Spacer jangan lupa pula kalau nak bagi nampak sekata.
Grout tadi bancuhkan dengan air.
Tiles yang melekat dengan kemas tu bolehlah cabut.
Sapukan grout putih tersebut untuk tutup gap yang ada pada tiles tersebut.
Video Tiktok Bagaimana Untuk DIY Backsplash Ini
Sumber : @trisyaaman