Semua orang mahu memiliki dapur yang cantik dan kemas. Tetapi, tidak semua orang mampu untuk memiliki dapur yang mewah kerana faktor kewangan yang kurang mengizinkan.
Walaupun begitu, jika ingin lebih jimat, ianya boleh dilakukan secara DIY sahaja. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nur Hidayat Dahalan. Dengan bajet yang dimiliki tidak begitu besar, namun beliau berjaya ubahsuai bahagian dapur table top dengan hanya bermodalkan RM2k.
Untuk melihat proses ubahsuai yang dilakukan ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Salam sejahtera semua. Disini ingin saya tontonkan kepada kalian semua hasil kerja saya selama 2 bulan untuk menghasilkan kabinet dapur bahagian bawah Table Top.
Semoga memberi manfaat dan inspirasi kepada kalian semua untuk terus bertukang, buruk atau cantik kita sendiri jugak yang buat, yang penting diri sendiri puas hati. Sekian terima kasih.
Kos bahan mentah semua beliau habis hampir RM2K (5 bulan beli barang sikit-sikit, tahu-tahu dekat 2K habis). Kedai hardware, Shopee dan Lazada tempat beliau beli barang-barang.
Kos yang diberitahu tadi tidak melibatkan mesin-mesin dan alatan tukang sebab barang-barang itu sudah mula beli sikit-sikit sejak tahun tahun lepas lagi.
Kerja memang lambat, atas banyak alasan dan sebab kerana beliau masih bekerja, bertukang ini hobi, jadi habis kerja baru buat. Selama 2 bulan kerja kayu dan bingkai pintu aluminium beliau buat, kaca itu sahaja tempah dekat kedai.
Ini adalah ketika rangka kabinet dipasang.
Tape dilekatkan untuk proses masukkan bingkai.
Keadaan bingkai siap dipasang.
Sebelum dan selepas dapur ini diubahsuai.
Drawer ini beli dekat Shopee. Pintu depan kena buat sendiri.
Rak pinggan buat platform je, rak itu juga beli dekat Shopee.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam melakukan DIY kabinet dapur supaya kelihatan cantik dan menarik.
Selamat mencuba.