Bilik air yang cantik sudah pasti mampu memberikan keselesaan kepada penggunaanya. Jangan ingat ubahsuai bilik air ini hanya dapat dilakukan dengan bajet yang besar je tau. Dengan cara bajet juga dapat menghasilkan dekorasi bilik air yang cantik dan menarik.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Saleha Rahman. Beliau telah menghasilkan dekorasi bilik air dengan cara bajet guna barangan yang dibeli dari Shopee sahaja.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian proses ubahsuai yang dilakukan ini.
Transformasi tandas rumah saya.
Beli wallpaper, zebra curtain dan rak tandas kat Shopee je.
Lantai tukar kepada epoxy flakes coating. dan upah orang buat.
Bahagian lantai bilik air ini semasa proses ubahsuai dilakukan.
Lantai bilik air setelah selesai dipasang dengan coating epoxy flakes.
Bahagian dinding sebelum dipasang wallpaper.
Inilah wallpaper yang akan digunakan pada dinding bilik air itu.
Hasil setelah bilik air ini selesai dipasang wallpaper berkonsepkan bata.
Bagi membuatkan ianya lebih menarik dan kemas, sedikit hiasan pokok palsu diletakkan supaya lebih kelihatan fresh.
Bahagian rak letak shampoo dan barang mandian.
Menarik penghasilan dekorasi bilik air dengan cara jimat bajet ini. Diharap ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca. Semoga bermanfaat.