Tiada siapa yang suka tinggal dalam keadaan kotor dan tidak bersih. Selepas membeli rumah, sudah pasti perkara pertama yang kita akan tekankan adalah kebersihan rumah, bilik air dan bilik tidur.
Hal tersebut turut dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Norsuliana Mohamed Basir. Bagi memastikan bilik air rumahnya kelihatan cantik semula, beliau telah melakukan ubahsuai bilik air kotor dan lusuh itu kepada satu konsep yang lebih menarik.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Beli rumah secondhand sahaja. Mula-mula masuk rumah ini memang kotor sangatlah. Sikit-sikit kami membuat renovasi, tengok dan survey jenis dekorasi dan perkongsian dari sahabat-sahabat dalam group ini.
Sekarang baru boleh dapat bilik air yang selesa macam ini. Modal lebih kurang dalam RM1.4k (RM1400) siap satu bilik air sekali tukar pintu.
Keadaan tandas rumah yang baru dibeli itu. Jelas kelihatan agak kotor dan tidak selesa untuk digunakan.
Kawasan paip air kelihatan agak berkarat.
Keadaan bilik air ini setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja porkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam mengubahsuai ruang tandas lama supaya kelihatan baru.
Semoga bermanfaat