Makeover Bajet Bilik Air Jenis Bersambung Dengan Cara DIY

12,484 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bilik air yang kelihatan cantik, sudah pasti mampu untuk memberi keselesaan kepada kita dan keluarga.

Kalau mahukan bilik air kelihatan mewah, tidak semestinya ia memerlukan major renovation, buat dengan cara DIY pun boleh juga tau.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Neena Zaidi. Beliau telah melakukan makeover bajet bilik air attached dan guest dengan cara DIY.

Jadi, jom sama-sama kita lihat proses ubahsuai yang dilakukan ini.

Makeover Bajet Bilik Air Attached Dan Tetamu Berkonsepkan Putih

Hai semua. Kali ini saya nak kongsi transformasi mampu milik bilik air yang saya buat baru-baru ini. No major renovation, mostly diy job (kecuali lantai).

Attached bathroom - Gabungan warna putih dan hitam.

Guest bathroom - Gabungan warna putih, hitam dan emas.

Pandangan bilik air tetamu sebelum diubahsuai.

Makeover Bajet Bilik Air
bilik air simple

Bilik air dalam bilik utama "attached bathroom" sebelum diubahsuai.

bilik air simple

Nampak tak putih-putih atas lantai tu? Ingatkan kesan sabun, rupanya waterproofing sudah mula haus.

bilik air simple

Lantai selepas diubahsuai guna epoxy.

bilik air simple

Disebabkan beliau malas nak cabut shower holder itu, jadi beliau spray terus dekat situ.

Cover plastic yang digunakan adalah painting plastic cover. Boleh dapatkannya di Shopee.

bilik air simple

Shower holder selepas di spray dengan menggunakan warna kelabu. Jenama spray yang digunakan adalah Spray Man.

bilik air simple

Bathroom accessories macam towel rail, shower head holder dan corner shelves di spray paint warna matte black.

Cara Spray : 

  1. Gosok permukaan dengan kertas pasir untuk tanggalkan chrome coating.
  2. Primer - Buat 2 coat, 15-30 min interval untuk next coat.
  3. Colour paint (guna flat black) - 2 coat, 30min - 1 jam interval untuk next coat.
  4. Flat clear coat - Tak wajib pun step ini tapi kalau ada lagi bagus.
bilik air simple
bilik air simple

Shower head attached bathroom spray paint warna hitam.

bilik air simple

Pada bahagian dinding ini cat guna set primer dan cat Nippon EA4 Finish. Selalunya 2 coat sahaja sudah okey. Tetapi, disebabkan undercoat yang diberi dalam set ini agak gelap, beliau buat 3 coating untuk jadikannya lagi cantik.

Jangan lupa pakai ventilation mask masa mengecat sebab bau cat ini berbahaya kalau di hidu. Semua ini beliau buat sendiri, husband hanya tolong pada bahagian drill sahaja.

Pada bahagian lantai pula, mula-mula beliau terfikir nak cat lantai sahaja. Tetapi, takut tak tahan. Beliau mengupah orang buat marble effect Epoxy terus sebab lapisannya lebih tebal.

bilik air simple

Keadaan bilik air ini setelah dilakukan undercoat.

bilik air simple

Keadaan bilik air tetamu selepas diubahsuai. Lampu itu sekadar hiasan, tak buat wiring pun sebab husbandnya tak bagi hack dinding. Dia kata lampu itu tak penting pun untuk wujud dekat situ. Bilik air tak payah cantik-cantik, tempat jin bertendang katanya.

bilik air simple

Pasu ini asalnya dari dalam master bedroom. Beliau alihkan ke sini. Kakinya memang sudah warna gold, pasunya pula ditukar jadi warna hitam.

Biasanya kalau tetamu nak tumpang bilik air, mereka akan guna for ‘light use’ sahaja. Kalau ada tetamu bermalam dan nak guna untuk mandi dan buang air besar, beliau akan simpan apa yang patut.

bilik air simple
bilik air simple

Kalau nak mandi, kena tutup shower curtain supaya tak basah barang-barang atas decorative shelves itu.

bilik air simple
bilik air simple
bilik air simple

Bahagian luar pintu bilik air tetamu ini. Toilet sign itu dibuat daripada kayu. Pintu lama berwarna coklat, beliau hanya cat putih sahaja.

bilik air simple

Shelf brackets itu di spray dengan warna emas.

bilik air simple

Attached Bathroom :

Attached bathroom selepas siap di deco.

bilik air simple

Beliau gantikan shelf lama dengan shelf jenis ini sebab dalam bilik air master bedroom ada segala macam yang tak sedap mata memandang. Wet wipes anak pun boleh sorok dalam ni.

bilik air simple

Attached bathroom punya design beliau buat simple sikit sebab hari-hari guna. Jadi lebih senang nak maintain.

bilik air simple
bilik air simple

Ada yang tanya, licin ke marble effect Epoxy ni?

Kelicinannya sama sahaja macam tiles toilet yang biasa. Beliau pakai selipar dalam tandas, jadi tak ada masalah. Epoxy ini siap ada waranti 3 tahun dengan jaminan ketahanan selama 6 hingga 7 tahun kalau pandai jaga.

bilik air simple

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua pembaca diluar sana. Selamat mendeco dengan cara kita!

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down