Jika bercerita mengenai dekorasi, pemilik rumah akan lebih mementingkan dekorasi pada bahagian ruang tamu dan juga bilik utama sahaja. Boleh dikatakan sangat jarang pemilik rumah menghasilkan deco pada bilik tidur anak mereka supaya kelihatan cantik mengikut konsep yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang pakar dekorasi rumah yang tidak asing lagi iaitu Emma InaRis. Setelah diberi kepercayaan untuk melakukan ubahsuai bilik tidur anak, beliau telah berjaya mendeko bilik tersebut dengan cukup menarik dan wow.
Jadi, jom sama-sama kita lihat bagaimana dekorasi ini dihasilkan.
Keadaan bilik anak sebelum diubahsuai.
Pada mulanya bilik ini kurang kemas dengan dipenuhi dengan barangan dan mainan anak mereka.
Proses ubahsuai dimulakan dengan melukis corak awan pada bahagian dinding bilik tidur tersebut dengan menggunakan latar belakang warna biru.
Rupa bilik tidur ini setelah selesai diubahsuai. Katil yang digunakan dibeli dari IKEA jenama Norddal.
Langsir yang digunakan juga dibeli dari IKEA.
Drawer tempat letak buku dan alat tulis itu dibeli dari IKEA.
Bahagian ruang letak almari sebelum diubahsuai.
Tempat letak almari selepas diubahsuai.
Sangat cantik dekorasi bilik tidur anak yang dihasilkan ini. Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana dalam cuba untuk deco bilik tidur anak. Semoga bermanfaat.