Ubahsuai Bilik Tidur Anak Berkonsepkan Frozen

1,690 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua ibu bapa mahukan bilik tidur yang terbaik untuk anak mereka dengan dekorasi yang cantik dan menarik. Penghasilan dekorasi yang cantik pada bilik tidur anak mampu menghadirkan satu suasana yang ceria.

Pemilihan dekorasi bilik tidur anak bergantung kepada minat anak kita sendiri. Sebagai contoh, jika anak kita sangat meminati kartun seperti Frozen dan Barbie, kita boleh deko bilik tidur mereka dengan konsep sebegitu. Bagi anak lelaki pula, jika mereka lebih meminati Superhero, tidak salahnya jika kita deko bilik tidur mereka mengikut tema kesukaan mereka.

Jadi, jom kita ikuti dan lihat bagaimana terhasilnya dekorasi bilik tidur anak berkonsepkan Frozen yang sangat menarik ini.

Ubahsuai Bilik Tidur Anak Bertemanakan Animasi Kesukaan

Assalamuaikum, hai.

Saya nak kongsi sebelum dan selepas bilik anak saya. Gambar pertama itu semasa baru mula masuk tengok rumah, gambar kedua itu pula gambar terkini baru nak mula mengecat, memang bersepah habis.

Temanya adalah Frozen. Barang yang digunakan adalah barangan mana yang ada sahaja. Deco-deco bajet. frame, bunga dan para putih itu semua dari Kedai Eco.

Keadaan bilik tidur anak sebelum diubahsuai dengan konsep yang menarik.

bilik tidur anak frozen

Bilik tidur anak semasa kali pertama melakukan dekorasi bajet selepas berpindah masuk di rumah ini.

Bilik Tidur Anak

Inilah dekorasi terkini bilik tidur anak mereka. Langsir yang digunakan itu sebenarnya shower curtain yang dibeli di Kedai Mr.DIY.

Bilik Tidur Anak

Cadar yang digunakan adalah dibeli di kedai karpet jenis patchwork. Dekat Shopee pun ada jual juga.

Ubahsuai Bilik Tidur Anak

Bahagian tempat belajar dan ruang bermain anak mereka.

Ubahsuai Bilik Tidur Anak
Ubahsuai Bilik Tidur Anak

Sangat cantik dekorasi yang dihasilkan. Sudah pasti anak-anak akan menyukai. Dengan cara ini, kita boleh ajar anak kita untuk tidur asing dengan ibu ayah. Kita sepatutnya latih anak-anak untuk tidur berasingan seawal usia 4 tahun lagi. Jadi, dengan cara hias bilik mereka, tentu mudah untuk pujuk dan ajar mereka tidur berasingan.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit: Suhaila Yahya

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down