Aktiviti Makeover Rumah Bujang Warna "Silver Chrome"

3,971 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Melakukan aktiviti makeover rumah merupakan sesuatu perkara yang paling disukai oleh orang ramai terutama untuk orang bujang. Orang bujang apabila lakukan makeover ini mereka bebas untuk lakukan apa sahaja yang mereka inginkan mengikut citarasa mereka.

Macam yang dilakukan Tam Artsysto ini, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar bilik tidur beliau yang telah dilakukan makeover. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup Facebook "Deco Rumah Sebelum Selepas".

Menurut beliau, kesemua makeover tersebut dilakukan secara DIY. Walaupun letih namun beliau berpuas hati kerana ia mengikut citarasa yang beliau inginkan. Jika anda ingin melihat suasana bilik beliau, jom kita tengok perkongsian ini.

Lelaki Bujang Lakukan Aktiviti Makeover Di Rumah Mengikut Citarasa Beliau

Ingin berkongsikan beberapa gambar bilik bujang yang dilakukan makeover oleh saya. Bertemakan "Silver Chrome" dan dinding pula saya catkan dengan warna hitam dan silver jenama Toplus Emulsion. Kesemua ini saya DIY sendiri. Boleh dijadikan inspirasi untuk anda semua.

Gambar Bilik Sebelum Makeover

Bilik bujang saya yang asal ini. Bermula dengan ruangan yang kosong ini memudahkan saya untuk lakukan makeover mengikut citarasa yang saya inginkan. Saya juga boleh masukkan beberapa perabot yang saya inginkan.

Aktiviti Makeover Rumah

Makeover Bilik Bujang Bertemakan "Silver Chrome"

Untuk dinding bilik ni saya memilih warna hitam dan kelabu. Ia merupakan kombinasi warna yang sepadan dengan ruangan bilik ini.

Aktiviti Makeover Rumah

Untuk perabot dan barang lain pula, saya spraykan warna silver chrome yang dibeli di kedai Mr.DIY ini. Money plant pula saya beli kan di platform Shopee.

Aktiviti Makeover Rumah

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap ini dapat memberikan anda sedikit idea untuk lakukan makeover bilik bujang macam saya ini.

Sumber : Tam Artsysto

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down