Dapur merupakan ruang yang sering digunakan pada setiap hari oleh suri rumah untuk memasak. Dapur sangat penting untuk kegunaan harian kita.
Sebagai seorang anak, sudah pasti kita mahu melihat ibu-bapa kita gembira dan bahagia. Cara paling mudah untuk membuatkan mereka bahagia adalah dengan menukarkan dapur lamanya itu dengan konsep dan yang lebih menarik dan baru. Dengan itu, ia mampu menghadirkan satu perasaan yang tenang dan ceria ketika memasak.
Seperti yang dilakukan oleh Qaseh Hafizah Abdulloh dan adik-beradiknya ini. Mereka telah berjaya melakukan ubahsuai dapur lusuh emaknya hanya guna barangan dari Shopee sahaja.
Jadi, jom kita ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulilah. Dapur baru untuk emak. Punya adik-adik lelaki yang rajin. Dapur budjet mak di kampung. Deco dan ubahsuai biasa-biasa sahaja. Kami beli di shopee tikar tu. Asalnya kat situ nak pasang tiles sahaja. Tapi perlukan modal yang tinggi. Kami pakat adik beradik. Kita share. Akhirnya.
Keadaan dapur sebelum diubahsuai dengan konsep baru.
Ubahsuai ini dilakukan oleh anak-anak mereka. Ketika ini sedang melakukan pemasangan lantai vinyl.
Link Shopee vinyl floor jika anda berminat untuk membelinya :
Sesi melawat kawasan ubahsuai dapur yang dilakukan oleh ketua keluarga.
Keadaan sebelum dans selepas deco dapur.
Keadaan selepas dapur ini diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.