Tinggal di rumah teres yang mempunyai ruang terhad memang agak sukar untuk didekorasikan dengan gaya yang diinginkan. Hal ini kerana, jika ruang rumah agak sempit, sukar untuk letakkan peralatan seperti mesin basuh dan peti sejuk.
Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, tidak salah jika fikirkan cara lain bagi memastikan ruang rumah mampu untuk memuatkan barangan yang penting untuk kerja-kerja harian.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Hayden Shah. Dek kerana rumahnya tidak mempunyai ruang laundry, beliau telah ubahsuai ruang belakang rumah jadikan ruang laundry.
Jadi, jom kita saksikan ubahsuai menarik yang dilakukan ini.
Salam semua, Sharing idea untuk laundry area.
Maximumkan ruang extra belakang rumah untuk hasilkan ruang ni. Tema industrial.
Keadaan belakang rumah sebelum diubahsuai. Sebelum ini, bahagian ini merupakan ruang belakang yang kosong sahaja.
Keadaan belakang rumah setelah selesai diubahsuai dengan konsep industri. Size ruang ini 11 kaki x 5 kaki.
Proses seterusnya pula dengan melakukan pemasangan sinki baru. Konsep yang digunakan adalah concrete table top. Pada bahagian dinding pula menggunakan wall tiles.
Keadaan dapur pada waktu malam.
Ruang ini guna atap jenis ACP. Ruang garden yang depan itu guna atap poly.
Keadaan pada siang hari.
 Sinaran mentari pagi menyinari.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk extend bahagian rumah masing-masing. Semoga bermanfaat.