Ruang penjuru rumah yang terbiar, kalau terus dibiarkan sebegitu akan kelihatan kotor dan tidak terurus. Namun, sekiranya ada idea mahu menjadikan ruang itu cantik semula, pasti ruang itu akan berwajah baru.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nadiah Syed Nahar. Beliau telah menjadikan ruang terbiar itu sebagai rumah buat kucing kesayangan dan tempat belajar anaknya.
Jika ingin mengetahui bagaimana ianya dihasilkan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Convert ruang courtyard kepada banglo kucing cat!
Anak-anak si bulus ni suka sangat rumah mereka ni. Anak saya pun suka buat online class dalam ni sekali dengan kucing kesayangan dia.
Kita first cover ruang ni dengan polycarbonate roof, letak insulation fan, pasang vinyl flooring dan berkerjasama dengan Tukang Kayu Embassy untuk mencipta ruang kesayangan buat kucing.
Ruang halaman ini sebelum diubahsuai agak kotor.
Setelah baru berpindah, ruang ini kotor sangat.
Dahulu ruang ini hanya ditutupi dengan rumput karpet, kemudian ditukar kepada lantai vinyl sebab air bertakung.
Ruang ini jenis terbuka pada awalnya.
Anak belajar bersama kucing kesayangan.
3 ekor adik beradik musketeers bernama Yoda, Rey dan Chewie.
Beginilah ruang ini setelah selesai dijadikan rumah kucing.
Inilah penghulu rumah ini yang bernama Obi.
Untuk bahagian pagar, beliau letak kucing dan stainless steel barrier. Jadi, kucing tak akan keluar, kita biarkan semuanya bermain dalam rumah sekurang-kurangnya sekali sehari.
Seronok semuanya sedang bermain.
Atap pula guna polycarbonate roof dan insulation fan.
Keluarga si bulus.
Seekor lagi tidur tepi dapur.
Sambil basuh pinggan, boleh tengok anak bulus ini.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk hasilkan rumah untuk kucing kesayangan.