Penghasilan dekorasi tidak hanya terbatas untuk kawasan tempat tinggal dan ruang kediaman sahaja. Ruang pejabat yang merupakan tempat kita mencari rezeki juga perlu diterapkan dengan dekorasi supaya ianya kekal kelihatan menarik.
Kepentingan memiliki keadaan pejabat yang nampak tenang juga mampu mempengaruhi mood kerja. Bayangkan sekiranya kita sedang stress dan keadaan persekitaran berserabai dan suram, sudah pasti akan menambah kekusutan kita.
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, dekorasi yang ceria dan tenang mampu menjadi terapi untuk kita dalam mengubah mood seseorang.
Untuk melihat gambar dekorasi pejabat yang dihasilkan, jom teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Kita upgrade sikit pejabat kita dari keadaan muram kepada konsep nampak tenang
Bahagian dinding yang suram sebelum diubahsuai.
Inilah hasilnya setelah ruang pejabat selesai diubahsuai. Ia kelihatan lebih tenang dan santai.
Susunan perabot yang teratur dan kemas juga mampu mempengaruhi keadaan sekeliling ruang tersebut.
Itu sahaja perkongsian mengenai dekorasi ruang pejabat pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Kredit: Arul Shawal