Suasana rumah yang kelihatan cantik dan ceria sudah pasti datang dari pemilik rumah yang menjaganya dengan baik. Ia menjadi satu kelebihan buat rumah pemilik rumah tersebut sekiranya penghuni itu seorang yang suka bertukang.
Hal ini kerana, apabila kita pandai bertukang, ia lebih menjimatkan kos dan konsep yang ingin digayakan juga boleh dihasilkan mengikut pilihan hati. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh isterinya yang bernama Nur Azrin. Projek yang dilakukan adalah ubahsuai ruang tamu dengan menggunakan konsep accent wall.
Jadi, jom sama-sama kita saksikan hasil ubahsuai projek DIY yang sangat menarik ini.
Deko dinding kedua siap.
Buat accent wall pula kali ini. Jenuh jugak nak ukur bagi balance kedudukan kayu. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Projek seterusnya shiplap wall pula.
Ini adalah keadaam dinding asal sebelum diubahsuai dengan gaya accent wall.
Ini pula adalah semasa proses mengukur sebelum dihasilkan accent wall. Untuk bahagian cat di tengah-tengah dinding itu perlu dibuang dengan cara gosok menggunakan kertas pasir untuk bahagian cat momento itu. Selepas itu, sapukan cat undercoat pada kawasan tersebut.
Kayu tersebut siap dipasang pada dinding membentuk huruf X yang kelihatan agak unik dan kreatif.
Bahagian dinding setelah selesai disapu cat undercoat. Cat undercoat yang digunakan adalah untuk papan dan simen.
Hasil dinding ruang tamu setelah selesai dicat. Proses mengecat pada bahagian bawah agak renyah tapi hasilnya sangat puas hati.
Gambar setelah meja makan dibawa masuk.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi rumah.
Selamat mendeco.