Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara DIY Guna Wainscoting

2,176 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemasangan wainscoting dan shiplap pada masa kini menjadi satu trend bagi setiap rumah moden. Faktor wainscoting cukup digemari oleh orang ramai adalah kerana penghasilannya tidaklah begitu rumit dan mudah untuk digayakan mengikut gaya tersendiri.

Itu yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Mawar Athilea. Beliau dan suami telah menghasilkan ubahsuai ruang tamu rumahnya dengan cara DIY dengan menggunakan wainscoting dan dinding shiplap.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti cara penghasilan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Ruang Tamu Rumah Dengan Cara DIY

Selama ini saya jadi pemerhati sahaja dalam group ini. Banyak saya belajar dan tengok hasil wainscoting dan shiplap yang dihasilkan oleh ahli-ahli group ini.

Saya dan suami cuba buat shiplap dan pasang wainscoting sendiri. Jenuh nak ukur semua, tolak, tambah, darab dan bahagi, maka jadilah projek kami yang tak berapa nak amatur ini.

Terima kasih untuk semua berkongsi ahli-ahli group ini.

Bahagian dinding ruang tamu ini semasa pemasangan wainscoting dilakukan.

Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara DIY Guna Wainscoting

Pada bahagian dinding ini pula akan dipasang accent wall.

Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara DIY Guna Wainscoting

Setelah selesai dipasang, bahagian dinding tersebut dicat dengan coating pada lapisan pertama sebelum dicat dengan warna pilihan.

Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara DIY Guna Wainscoting

Proses penyapu coating selesai dilakukan.

Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara DIY Guna Wainscoting

Bahagian ruang tamu ini setelah selesai diubahsuai.

Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara DIY Guna Wainscoting
Ubahsuai Cara DIY Ruang Tamu

Hasil setelah ruang tamu ini selesai di deco.

Ubahsuai Cara DIY Ruang Tamu
wainscoting ruang tamu
wainscoting ruang tamu

Cat yang digunakan adalah jenama Oasis.

cat wainscoting

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca diluar sana dalam cuba untuk melakukan kerja-kerja ubahsuai secara DIY.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down