Ubahsuai Ruang Tamu Kosong Hasilkan Deco Gaya Simple Yang Menarik

2,438 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Saat yang paling menggembirakan bagi kaum hawa adalah apabila dapat memiliki kediaman yang cantik dan selesa. Dengan memiliki kediaman yang cantik, sudah pasti dapat menimbulkan suasana yang ceria buat kita dan keluarga.

Itulah yang dikongsikan oleh Yayah Paly. Beliau telah berjaya menghasilkan ubahsuai ruang tamu kosong dengan menghasilkan deco gaya simple yang sangat cantik.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah ini.

Ubahsuai Ruang Tamu Kosong Hasilkan Deco Gaya Simple

Selesai deco rumah gaya simple.

Keadaan ruang tamu sebelum ubahsuai dilakukan. Ruang tamu ini perlu dikosongkan terlebih dahulu.

Ubahsuai Ruang Tamu Kosong

Keadaan ruang tamu selepas selesai diubahsuai. Untuk pemilihan warna cat pula, cat yang digunakan adalah Dulux Barley Beige, iaitu satu warna cat ruang tamu yang sejuk mata memandang.

Bagi memastikan suasana ruang tamu lebih kelihatan segar, beliau meletakkan pokok palsu pada bahagian sisi kerusi.

Ubahsuai Ruang Tamu Kosong

Karpet dan meja coffee yang digunakan itu adalah dari IKEA.

Ubahsuai Ruang Tamu Kosong
Ubahsuai Ruang Tamu Kosong

Rak yang digunakan itu juga adalah dari IKEA. Walaupun deco yang dilakukan adalah sangat simple dengan hanya penambahan beberapa barangan. Namun, itu sudah mampu untuk menghasilkan satu deco dengan konsep dan gaya baru yang lebih menarik.

Ubahsuai Ruang Tamu Kosong

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk mendekorasikan rumah masing-masing.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down